ibarat sebuah kapal

on Tuesday 29 May 2012



Diam atas kebenaran umpama syaitan yang bisu


Kejahatan akan bermaharajalela apabila orang baik membisu dan kaku ketika berdepan dengan kemungkaran.Sebenarnya,mereka bukanlah orang yang baik .Oleh sebab itu,hukuma menegaskan bahawa orang yang berdiam diri atas kemungkaran umpama syaitan yang bisu.Orang baik dalam erti kata sebenar ialah orang yang “soleh dan muslih” – baik dari membaikkan.


Ya,tidak cukup hanya menjadi baik,seorang muslim mesti berusaha membaiki orang lain.Ini kerana kebaikan seseorang individu muslim dengan individu muslim yang lain sangat berkait rapat.

Mereka laksana satu jasad iaitu kerosakan satu bahagian jasad akan mengakibatkan kerosakan di bahagian lain.Oleh sebab itu,seseorang muslim dituntut untuk melaksanakan amar makruf nahi mungkar.Jika tidak,kerosakan itu bukan sahaja menyusahkan pelakunya,tetapi seluruh umat islam akan menanggung akibatnya.


IBARAT SEBUAH KAPAL

Realiti ini dinyatakan dalam hadis Rasulullah Saw.Daripada al-Nu`man bin Bashir,Baginda saw bersabda,makdsudnya :

“Perumpamaan orang yang melaksanakan ajaran-ajaran Allah dan orang yang melanggarnya adalah seperti kaum yang menaiki kapal dan belayar di lautan.Sebahagian daripada mereka memperoleh tempat di atas dan sebahagian yang lain memperoleh tempat di bawah.Orang yang berada dibawah naik ke atas,untuk mengambil air,mereka mengganggu orang yang tinggal diatas.Kemudian orang yang berada diatas berkata : “kami tidak akan membenarkan kamu naik menyakiti kami,lalu orang yang berada dibawah berkata : ‘ Sesungguhnya kami menebuk lubang pada kapal dibahagian bawah untuk mengambil air’.Kalau mereka menahan ‘tangan’ mereka dan mencegah perbuatan mereka yang berada dibawah itu,maka selamatlah semuanya,tetapi sekiranya mereka membiarkan sahaja,maka mereka akan tenggelam kesemuanya.” (riwayat al-tirmizi)

kau atas aku bawah namun kita tetap satu kapal


Dalam analogi mudah ini,orang yang duduk dibahagian bawah kapal ibarat ahli maksiat yang suka melakukan kerosakan.Di bahagian atas pula golongan yang melihat kemungkaran tetapi berdiam diri dan tidak mencegahnya.Jika orang yang berada di bahagian bawah kapal membuat lubang di kapal untuk mengambil air,ia berisiko menenggelamkan kapal.

Jika kita berada di atas,adakah wajar kita hanya membiarkan sahaja perbuatan yang berisiko besar itu? Adakah kita hanya membiarkan sahaja perbuatan yang berisiko besar itu?Adakah kita hanya selesa menikmati sinaran matahari dan bayu laut dengan tidak mempedulikan keperluan dan perbuatan mereka di bahagian bawah?

Jika maksiat berleluasa,impak buruknya akan turut terkena tempias kepada orang soleh.Jika bencana melanda dek Allah murka,orang soleh juga tidak terkecuali.

Jadi pilihan yang ada ialah sama ada diam ataupun bertindak.Jawapan di tangan anda.PILIHLAH....

Apakah tindakan yang harus dilakukan sekiranya pihak yang melakukan kemungkaran lebih berkuasa atau berkemampuan berbanding pihak yang hendak mencegahnya ?

Dalam konteks ini,Dr. Yusuf al-Qaradawi menasihatkan :

Bersabar dan mempersiapkan diri sehinggalah dia memiliki kekuatan yang diperlukan.Sementara itu dia hendaklah mencegah kemungkaran itu dengan lisan,tulisan,nasihat dakwah dan peringatan sehingga masyarakat umu sedar dan meminta kemungkaran itu dihapuskan.

Dalam kontkes yang sama,Imam al-Ghazali menyatakan :

 “ketahuilah bahawa orang yang hendak melakukan amar makruf dan nahi mungkar itu harus mempunyai kesanggupan dan kemampuan,yakni sanggup melakukannya dengan ucapan,namun paling baik dengan perbuatan.Orang yang tidak sanggup melakukan dengan ucapan dan perbuatan,dia harus menanam rasa benci kepada perbuatan mungkar...”




“ Membina mengambil masa yang panjang,sedangkan meruntuhkan boleh dilakukan sekelip mata “


Islam is the way of life


Solusi no.44
USTAZ PAHROL MOHAMAD JUOI
Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

atiynfasya said...

banyak tersirat daripada kisah ini....syukran atas perkongsian :)


14 April 2013 at 20:56

Post a Comment

 
© hadafuljadid All Rights Reserved