Assalammualaikum dan salam ukhuwah
Pada kali ini saya tertarik untuk mengupas satu petikan mungkin agak menarik untuk saya perkatakan
dialam wasilah ini. Menarik ???
moga-moga boleh menarik kalian
untuk terus membaca dengan tekun sehingga ke penghujung cerita ^^
Moga kalian boleh menilai dan mengkaji atas suratan yang akan saya
kupaskan.
Menilai dan mengkaji
Saya highlightkan menilai dan mengkaji
Ehh..macam suspen pulak...
-Alkisah-
Shah,seorang pelajar SISTA atau nama panjangnya SEKOLAH STAR.star
la kot.Shah baru pulang dari sekolah untuk menjalani cuti pertengahan penggal
selama dua minggu dirumahnya.
AhhhHHH,,..nah kau,.....dushhHHH..!!!!!!
seekor kucing putih ditendang deras oleh Shah.
Latihan futsal seminggu sekali yang sering dijalankan oleh Shah selaku pemain kebangsaan akhirnya
dipraktikkan tendangan sulung pada seekor kucing.nauzubillah minzalik...
(p/s : mempraktikkan ilmu pada
jalan yang salah ).
“ Mungkin aku tiada akal,hanya
dikurniakan otak oleh tuhanku Allah Swt
tapi aku mempunyai perasaaan,tidak sekejam seperti kamu wahai
manusia “. Kata sang kucing didalam hati nan bisu.
Dah comot lagi kotor,lepas tu nak mengesel-gesel pipi ko kat seluar jins aku...mahal wooo...ai,kang
ku flying kick kali kedua baru tau...
ai,..ai,,.. tengking Shah dengan penuh angkuh sambil mengangkat kaki menggayakan
gaya tomoi.
“seluar jins boleh dibeli dengan wang ringgit,tetapi kasih sayang
tidak mampu dibeli“ tambah sang kucing lagi.
Lalu sang kucing putih berlalu pergi dengan perasaan yang hampa.
seakan seorang puteri nilam dikecewakan oleh putera tasik banding.
kecewa x terkata.air mata menyulusuri pemergiaan sang kucing.
Sayu hati,sayu sekali.
kasih sayang diwaktu kecil dahulu berkongsi bersama tapi akhirnyaaaaa...
PINNNN.....PINNNN.....PINNNNN.........!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Esoknya
29hb mei 2012
“ Nah,Nah,...makan-makan , jangan dok rebut-rebut.baca bismilllah
sebelum makan “ Shah khusyuk memberi makan pada kucing belaan ibunya.
Ehhh...sat,..soo,duo,tigo,empat...
Aitt...mulo2...
Soo,duo,tigo,empat...
Mane lagi soo?? Ehh,bakpo kawe kecek kelate...hehe
bukan ke semuanya ade lima.
Hah,Saly...mana Saly......shah tercari-cari saly...shah kebingungan
seakan ibu ayam mencari anaknya.p mai p mai tang tu,sini,sana namun tidak
kelihatan wajah yang dicari.Namun Cuma wujud bayangan indah saat bersama dengannya.YAAaaa,dengannya............
“ ibu,mana Saly ??? “ tanya Shah
Saly ???? ibu seakan terkejut dan
menundukkan kepalanya sedikit menampakkan riak muka yang sedih.
Nape ibu ???? soal Shah kebingungan.
“Pagi tadi ibu bersiap nak p pasar pagi di gunung rapat nun,sewaktu ibu
baru keluar dipersimpangan jalan simpang tiga rumah kita,ibu terlihat ade seekor kucing berlumuran darah dijalan
raya.Bila ibu membelitkan mayat kucing itu.Alangkah terkejutnya ibu,ini adalah
Saly . “ ibu terangkan kepada Shah sambil air mata ibu mengalir dipipi sedikit demi sedikit.
Sewaktu kamu masuk ke SISTA,Saly terus hilang menyepi.Mungkin dia
agak sedih.sebelum ini dia sering bermain dengan kamu,tidur bersama dengan
kamu,makan bersama kamu,malah bila kamu hendak bergerak ke sista dia turut
mengekori kamu.
Ibu x dapat lupakan saat kamu tidur sebantal dengannya.seakan
adik-beradik yang akrab sekali.semenjak kamu masuk ke sista,saly tidak kelihatan
lagi.sehinggalah saat pagi tadi.
Bukan jasad yang bernyawa lagi tapi jasad yang terbaring kaku temui
Jadi, seekor kucing putih yang aku sepak semalam itu adalah Saly... mungkin dia balik ke rumah ini ingin bersua dengan ku melepas kerinduan yang lara. Tapi aku telah khianatinya.Saly
yang sering menemani ku sewaktu kecil dahulu,tempat aku meluahkan
perasaan,tempat aku mendamba kasih kini aku telah membunuh kenangan manis saat
bersamanya dengan kaki ku sendiri.
Shah X mampu mengungkap kata-kata dibibirnya
cuma kelihatan tangisan penyesalan
diwajahnya.
-Tammat-
ehhh.nape buat citer sedih... lain yang plan,lain pulak jalan ceritanya.
Maaf
membuatkan anda turut tangisi kisah ini..sob3
namun tidak salah untuk kita tangisi tanda menginsafi diri yang makin
lalai malah makin leka dengan
nikmat dunia.
Pokok yang gah berdiri akhirnya akan reput
daun yang berseri warnanya akan mati kekeringan
dan begitu manusia
sekuat mana manusia,sehebat mana manusia,akhirnya
akan turut mati.
Dari tanah akan kembali ke tanah
Menilai dan mengkaji
Kasih sayang,mati hidup,pilih kasih, tidaklah saya ingin kupaskan
disini.kalian lebih bijak menilai dengan lebih teliti mengenai pengajaran
cerita ini.
Apa yang saya hendak pertengahkan disini mengenai menilai dan
mengkaji atau bahasa lebih mudah mengambil tahu sedalamnya atas sesuatu
perkara yang hadir dimata kita.
Andai Shah mengkaji dengan lebih teliti disebalik rupa yang kotor itu adalah
kucing kesayangannya iaitu Saly,nescaya Shah x akan sepak kucing tersebut.Dan
mungkin kucing tersebut tidak akan mati kemalangan selepas dikecewakan oleh
Shah.
menilai dan mengkaji
Boleh jadi si A mengatakan si B telah mencuri selipar kesayangan anda. Jealous
melihat anda sehingga nak tidur pon anda sanggup memeluk selipar
tersebut..errkkk..apa punya contoh daa...betulkah si B yang mencuri selipar
anda ?? mungkin si B nak selamatkan selipar anda dari dimasukkan tong sampah
sebab x susun selipar dengan baik. Satu contoh -menilai dan mengkaji jangan
meletak terus persepsif buruk pada mana-mana pihak-
Marcapada ini,pelbagai kisah atau skrip dimainkan dialam teknologi nan
canggih ini.Sahih atau tidak semuanya ditangan anda.Baik,buruk,sedih,duka,sayu,kecewa,
wujud serta merta tanpa diundang bila melihat dan membaca dihamparan skrin
laptop.Ooopzzz....ingat cucu atok !!!! apa atok cakap tadi
Menilai dan mengkaji
ARSENAL dinobatkan selaku JUARA
ENGLISH PREMIER LEAGUE (EPL) 2012 yang ke-29 kali selepas
mengalahkan musuh tradisi MANCHESTER UNITED.
Ulang suara : menilai dan mengkaji
Jangan meletakkan satu tanggapan yang drastik mengenai sesuatu
perkara.Boleh jadi ia betul atau tidak.Maka kaji dan mengaji isu tersebut.Nescaya
kamu akan lebih memahami lebih arif atas apa yang kamu kaji.
Sekian,
Salam penilaian.
{ 2 comments... read them below or add one }
walaweh...aku bace sampai habes..terbaik! aumm!
29 August 2012 at 19:54
Ehhh...sat,..soo,duo,tigo,empat...
Aitt...mulo2...
Soo,duo,tigo,empat... auummm !!
insyaAllah..sekadar perkongian bersama =)
1 September 2012 at 01:13
Post a Comment