AHLAN YA RAMADHAN

on Wednesday 25 July 2012




Bila sebut tentang ramadhan, kanak-kanak, adik-adik, cucu-cucu sangat seronok. Hah, nak tahu sebab ape? Sebab ketika ini mereka akan beraya sakan main mercun dan bunga api. Segala harta akan diinfakkan ke jalanraya untuk  membeli mercun. Pada waktu ini Berita TV3 kaya dengan iklan masuk ke Klinik Mak Jemah kesan bermain mercun. Disinilah syair  penyesalan akan kedengaran dari mulut mangsa kesan bermain mercun. Begitulah iklan sama sepanjang zaman.  Belive it or not ? Wait and see....



AMARAN
JANGAN MAIN MERCUN, NANTI X BOLEH RAYA =)



Namun disisi pandangan islam, bukan pesta mercun yang diidam, bukan harta segunung emas diternak tetapi proses pembinaan diri yang utuh tanda bukti keabdian diri  pada Tuhan Yang Maha Agung. Dari terbit fajar sehingga terbenam matahari masa diperuntukkan untuk beribadah kepada Allah.



Jangan mereka alasan berlangit tinggi untuk mengelak dari sujud kepada Allah takut kelak Allah pula membina alasan tidak memberi syurga kepada kita.Allahuakbar.




“Wahai orang-orang yang beriman ! Diwajibkan kepada kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang yang sebelum kamu,supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa.” (S.al-Baqarah:183)



Dibulan barakah ini, sama-sama kita pertingkatkan lagi amalan kita yang sebelum ini hanya ala-ala koboi. Tembak seperti tidak keluar peluru, menunggang kuda seperti tidak berlari laju. Apa hasilnya hanya penat dan lelah. Begitulah amalan didalam bulan Ramadhan. Lakukan setiap amalan bersungguh-sungguh seperti kamu akan mati esok. Ok,bayangkan esok mati. nak bawa amalan ape ye?  layak x aku masuk syurga ?





Angah :     Aiittt, akak.. kenapa kertas kosong je ?


Along  :    Hehe.. cer bayangkan ini adalah amalan kita yang akan dinilai oleh Allah. Kosong je. Allah telah memberi kita satu hamparan kertas yang bersih, namun apabila dipulang semula kepadaNya, langsung tidak kelihatan apa-apa tambahan, Malah hanya kelihatan contengan keburukan dan ponyokan kemungkaran.


Angah :    Allahuakbar. Terima kasih akak. Benar-benar terasa. Sangat sukar untuk mendapat syurga Allah namun sangat mudah untuk mendapat neraka Allah. Bagaimanakah pengakhiran kita nanti ?


Okey, anda diberi tempoh selama 29 saat untuk menulis seberapa bilion amalan kebaikan yang telah anda lakukan sepanjang hidup anda diatas kertas yang telah disediakan. (Ehhh,tiba-tiba datang modul ldk nak bagi kat adik-adik pada hujung minggu nie..syukran...hehe )


Ya, apabila nak menulis mengenai kebaikan, mesti tergagap-gagap tapi kalau nak tulis tentang keburukan habis dakwat satu pen. Sangat pantas tanpa memerlukan bantuan Dr. Google atau Bos Yahoo.Allah.......


"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharapkan redha Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.”  
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)


Selama sebulan kita akan berlawan dengan tentera hawa nafsu. Dalam masa sebulan ini macam-macam boleh terjadi sama ada kita menjadi rakyat yang akan tunduk kepada hawa nafsu atau kita menjadi raja yang mengawal hawa nafsu. 
Nafsu tidur, nafsu makan, nafsu pancaindera dan anda boleh senarai sendiri. haha


Raja mampu menyuruh rakyat tunduk kepadanya, tapi rakyat tidak mampu menyuruh raja tunduk kepadanya.



Ayuhhh !!! Jom Berubah.....


Selamat menyambut kelahiran baru duhai para sahabat.


AWWCAKKKK !!!! 


Moga di saat ini,kita bukan lagi seperti orang yang biasa-biasa tetapi orang yang luar biasa.


“ Syurga itu sangat luar biasa,dan hanya ditempatkan kepada orang yang luar biasa ”


Jadikan amalan-amalan yang biasa seperti luar biasa.


Berpuasa bukan sekadar berpuasa,tetapi puasa yang luar biasa


Qiam bukan sekadar qiam,tetapi qiam yang luar biasa


Jadikan sujud hari ini adalah sujud yang terakhir di muka bumi ini.Allahuakbar.......





25 JULAI 2012 / 6 RAMADHAN 1433H
12.29 AM
ANGAH

Ranking: 5

{ 4 comments... read them below or add one }

Unknown said...

kalo up sikit mase boleh x? :P
great entry akh! jzkk~


25 July 2012 at 01:56
Angah 29 said...

okey... seberapa masa yg anda mahu... persilakan ^^

insyaallah... semoga memberi manfaat untuk kita bersama~


25 July 2012 at 02:06
Muhammad Nur Fitri said...

ramadhan kareem akhi :)


25 July 2012 at 11:56
Angah 29 said...

ahlan-ahlan.....

moga hati kita turut bersama dgn sekareemnya ramadhan =]

barakallahufiekum


25 July 2012 at 12:34

Post a Comment

 
© hadafuljadid All Rights Reserved