" PACKING MEMACKING "

on Saturday 18 February 2012



“Ibu,kita nak p mane ni....??  “ soal lembut si anak kecil bernama Azkiya...

“Kita nak p rumah atok sayang...semua barang Yaa  dah ‘packing’..?? bawak barang secukupnya...baju,kain,towel...nanti x de kelam-kabut....”nasihat ibu kepada Azkiya.

“Baikkk ibu.,sekarang jugak Yaa ‘packing.! ”.Azkiya bergegas pergi sambil  melompat-lompat tanda  kegembiraan nak balik kampung.

“PiNNnn...PiNNnnn...!!!  bunyi hon kereta ayah yang memanggil  kami.

“Maaf ayah,Yaa tgah ‘packing’ barang  nie..nak pastikan semua barang cukup dibawa  ke rumah atok..maaf ayah...hehe..”.pujuk manja Azkiya:)

“tak pe..panggil ibu sekali....atok tgah tungga kita nun.cepat cikittt”.pinta ayah.

Setelah semuanya duduk bersedia,Kereta Mercds ‘AED’ 2299 terus meluncur laju dipermukaan jalanraya Perak  menuju ke Pahang.

“ Perjalanan dalam berbatu-batu  lagi,tapi kita mesti bersiap dari awal supaya tidak berlaku masalah ditengah perjalanan.Ingat yeaa ayang ,Yaa....”. nasihat ayah sampil melemparkan senyuman  kepada ibu dan Azkiya=)




.......-Satu Perjalanan Menuju Ke Arah Satu Destinasi- ...........


Bersyukur ke hadrat Allah SWT dulu kini dan selamanya kerana Dia telah memilih kita sebagai ‘insan’ dalam menjelajah dibumi ini iaitu sebagai insan yang akan memulakan satu perjalanan dalam menuju satu destinasi.Dialam rahim lagi kita telah dipilih oleh Allah sebagai insan yang akan merasai nikmat kehidupan dibumi.

Saat dialam rahim kita telah memulakan satu perkembaraan berjuang untuk mendapatkan tempat di bumi.Nahhh.....sekali lagi Allah melimpahkan nikmatNya kepada kita.Sewaktu kalian sedang meneliti blog ini bermakna kalian sedang merasai nikmat kehidupan disini....merasai setapak demi setapak pahit manis jelajah dihamparan bumi........


“Kehidupan didunia ibarat satu pengembaraan,bergerak dari satu tempat dan berehat seketika dibawah pohon pokok,setelah berehat seketika lalu meneruskan kembali pengembaraan”


Sepohon pokok itulah dunia.....dimana seorang pengembara iaitu kita datang dari satu tempat dan berhenti seketika dipohon pokok untuk berehat..Makna kata,disinilah kita mengambil kesempatan untuk ‘packing’ segala amalan,menuai segala perbuatan dan akan memikul hasilnya untuk dibawa ke destinasi seterusnya......iaitu di 'Alam Akhirat'.

Jikalau seorang sahaja  yang mengembara,nescaya kita akan sesat lantas terperangkap dengan hasutan dunia...Justeru itu,Allah menurunkan lagi nikmatNya dengan meletakkan  kita bergerak bersama pengembara-pengembara yang lain.




”Seandainya seorang kecundang,pasti ada yang menghulur bantuan “


WAAahhh.....betapa banyaknya hujan nikmat yang Allah beri kepada kita....”Ayah,ibu,dan Azkiya”....sekiranya Ayah seorang sahaja,tidak terasa nikmat pulang ke kampung....tapi bila ada ‘ibu dan Azkiya’hidup akan bertambah ceria... Bilamana abah letih,pasti ibu akan mengajak  abah berborak,malah Azkiya pulak akan mengurut ayah...Subhanallahhh.......

Sedar atau tidak,di akhirat kelak  kita akan dihitung dan dihisab segala hasil  yang dibawa dari dataran bumi....sekiranya kita tidak ‘memacking’ amal dari awal yakni dibumi pasti akan menyesal diakhirat kelak...........waallahualam~


-Sesungguhnya dunia ini adalah satu perhentian dan kita akan menyambung  perjalanan menuju destinasi seterusnya-











~TUJUANKU~

on Thursday 16 February 2012


Assalammualaikum dan Salam Muhibbah.........

Ku mulakan langkah kanan dalam arena wasilah ini dengan kata tajuk 'TUJUAN'
Segala gerak kerja dan perlakuan kita mesti diikuti dengan tujuan.Mustahil seseorang itu mengeluarkan setitis air peluh menghasilkan satu bentuk perbuatan tanpa wujudnya tujuan.

“...Bilamana wujudnya tujuan pasti gerak kerja kita akan mudah terhasil.Bilamana tujuan kita samar-samar  maka perbuatan kita turut samar-samar bahkan tidak menjadi...”




Saat kaki menjejak tanah diluar pagar rumah,pasti kita melangkah bersama tujuan.Kemana kita ingin pergi ?? untuk apa kita pergi?? Bersama siapa kita pergi?? Mana mungkin saat kaki bergerak pergi  tetapi tidak wujud bersamanya tujuan.Sekira ia tetap berlaku, maka kita telah gagal menjadi insan yang kamil malah akan sentiasa gagal dalam kehidupan...

وما خلقت الجنّ والإنس إلا ليعبدون
“aku tidak akan  menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaku " (DZAARIYAAT 51:56)


Begitulah apa yang ditaklifkan diatas bahu kita selaku hamba kepada sang Malik iaitu Allah SWT yang ditugaskan beribadat kepadaNya.Setiap sesuatu perkara itu adalah ibadat.Menuntut ilmu,beriadah, hatta ‘berblog’ sekalipon adalah ibadat.Namun ia berbalik pada niat kita.Adakah setiap perbuatan itu hanya memenuhi keperluan diri atau tanda kita sujud pada  Allah SWT???


Sebatang lampu isyarat yang dipasang pasti diikuti dengan tujuan.Melancarkan setiap pergerakan kenderaan,mengurangkan kesesakan jalanraya,dan mengelak dari berlakunya kemalangan.Namun sekiranya kita melanggar arahannya pasti kita akan menerima nasib yang akan tiba. Mungkin maut dihamparan jalan atau alami cedera parah.

Kita dijadikan untuk beribadat kepada Allah SWT  dan mematuhi segala arahan dan suruhannya.Setiap  gerak langkah  kita dilihat oleh Allah SWT.Sekiranya kita melanggar arahan Allah SWT pasti kita akan menerima nasib yang akan tiba.Hasilnya adalah syurga atau neraka...........

Perumpamaan orang yang mengingati Tuhannya dengan orang yang tidak mengingati Tuhannya bagaikan orang Hidup dengan orang Mati. (Hr Bukhari)

Perbaharui niat kita selaku penumpang diatas muka bumi ini.apakah kita diciptakan untuk berseronok dan bergembira semata-mata tanpa melakukanAPA-APAperkara ???


-SETIAP CIPTAAN PASTI ADA TUJUAN-







  

salammuhibbah

on Monday 13 February 2012


..............assalammualaikumwarahmatullahiwabaraktuh..........
ku lafazkan kesyukuran kepada Tuhan izzahtulaalam Allah swt yang masih memberi peluang kepada hamba yang dhaif ini dalam menghirup nafas atas tapak pengembaraanNya.
Setapak demi selangkah kita melangkah pergi dalam mencari keredhaaNYA namun apakah tidak timbul persoalan difikiran kita kemanakah jalan yg kita ingin tuju..........
adakah kita inginkan sakinah yang sementara atau selamanya...????
Sama-sama kita renung dan hayati sesaat kita bertapak sesaat kita bernafas kemana penantiannya...
Percayalah ditapak bumi kita cuma menuai tetapi diakhirat sana kita akan pergi dengan hasil menuai.



“Dunia adalah syurga bagi orang kafir dan neraka bagi orang islam”

Saat  meneroka  kehidupan ini,fikiranku terdetik dalam membina medan perkongsian ilmiah bersama sahabat-sahabat.Maka amat rugilah saat umur bertambah ilmu bertambah tetapi tidak berkongsi sesama kalian.

“sampaikan daripadaku(rasulullah) walau satu ayat”

Oleh itu,Hamparan “blog” menjadi pilihan wasilah untuk terus menukil kata-kata rentetan ia  menjadi tarikan golongan anak muda khususnya datang menziarahi.  
Moga coretan ini dapat kita mengambil manfaat ditapak dunia dan menjadi bekalan di alam akhirat..insyaAllah

_salamukhuwah_


 
© hadafuljadid All Rights Reserved