~TUJUANKU~

on Thursday, 16 February 2012


Assalammualaikum dan Salam Muhibbah.........

Ku mulakan langkah kanan dalam arena wasilah ini dengan kata tajuk 'TUJUAN'
Segala gerak kerja dan perlakuan kita mesti diikuti dengan tujuan.Mustahil seseorang itu mengeluarkan setitis air peluh menghasilkan satu bentuk perbuatan tanpa wujudnya tujuan.

“...Bilamana wujudnya tujuan pasti gerak kerja kita akan mudah terhasil.Bilamana tujuan kita samar-samar  maka perbuatan kita turut samar-samar bahkan tidak menjadi...”




Saat kaki menjejak tanah diluar pagar rumah,pasti kita melangkah bersama tujuan.Kemana kita ingin pergi ?? untuk apa kita pergi?? Bersama siapa kita pergi?? Mana mungkin saat kaki bergerak pergi  tetapi tidak wujud bersamanya tujuan.Sekira ia tetap berlaku, maka kita telah gagal menjadi insan yang kamil malah akan sentiasa gagal dalam kehidupan...

وما خلقت الجنّ والإنس إلا ليعبدون
“aku tidak akan  menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaku " (DZAARIYAAT 51:56)


Begitulah apa yang ditaklifkan diatas bahu kita selaku hamba kepada sang Malik iaitu Allah SWT yang ditugaskan beribadat kepadaNya.Setiap sesuatu perkara itu adalah ibadat.Menuntut ilmu,beriadah, hatta ‘berblog’ sekalipon adalah ibadat.Namun ia berbalik pada niat kita.Adakah setiap perbuatan itu hanya memenuhi keperluan diri atau tanda kita sujud pada  Allah SWT???


Sebatang lampu isyarat yang dipasang pasti diikuti dengan tujuan.Melancarkan setiap pergerakan kenderaan,mengurangkan kesesakan jalanraya,dan mengelak dari berlakunya kemalangan.Namun sekiranya kita melanggar arahannya pasti kita akan menerima nasib yang akan tiba. Mungkin maut dihamparan jalan atau alami cedera parah.

Kita dijadikan untuk beribadat kepada Allah SWT  dan mematuhi segala arahan dan suruhannya.Setiap  gerak langkah  kita dilihat oleh Allah SWT.Sekiranya kita melanggar arahan Allah SWT pasti kita akan menerima nasib yang akan tiba.Hasilnya adalah syurga atau neraka...........

Perumpamaan orang yang mengingati Tuhannya dengan orang yang tidak mengingati Tuhannya bagaikan orang Hidup dengan orang Mati. (Hr Bukhari)

Perbaharui niat kita selaku penumpang diatas muka bumi ini.apakah kita diciptakan untuk berseronok dan bergembira semata-mata tanpa melakukanAPA-APAperkara ???


-SETIAP CIPTAAN PASTI ADA TUJUAN-







  
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© hadafuljadid All Rights Reserved