ibarat sebuah kapal

on Tuesday 29 May 2012



Diam atas kebenaran umpama syaitan yang bisu


Kejahatan akan bermaharajalela apabila orang baik membisu dan kaku ketika berdepan dengan kemungkaran.Sebenarnya,mereka bukanlah orang yang baik .Oleh sebab itu,hukuma menegaskan bahawa orang yang berdiam diri atas kemungkaran umpama syaitan yang bisu.Orang baik dalam erti kata sebenar ialah orang yang “soleh dan muslih” – baik dari membaikkan.


Ya,tidak cukup hanya menjadi baik,seorang muslim mesti berusaha membaiki orang lain.Ini kerana kebaikan seseorang individu muslim dengan individu muslim yang lain sangat berkait rapat.

Mereka laksana satu jasad iaitu kerosakan satu bahagian jasad akan mengakibatkan kerosakan di bahagian lain.Oleh sebab itu,seseorang muslim dituntut untuk melaksanakan amar makruf nahi mungkar.Jika tidak,kerosakan itu bukan sahaja menyusahkan pelakunya,tetapi seluruh umat islam akan menanggung akibatnya.


IBARAT SEBUAH KAPAL

Realiti ini dinyatakan dalam hadis Rasulullah Saw.Daripada al-Nu`man bin Bashir,Baginda saw bersabda,makdsudnya :

“Perumpamaan orang yang melaksanakan ajaran-ajaran Allah dan orang yang melanggarnya adalah seperti kaum yang menaiki kapal dan belayar di lautan.Sebahagian daripada mereka memperoleh tempat di atas dan sebahagian yang lain memperoleh tempat di bawah.Orang yang berada dibawah naik ke atas,untuk mengambil air,mereka mengganggu orang yang tinggal diatas.Kemudian orang yang berada diatas berkata : “kami tidak akan membenarkan kamu naik menyakiti kami,lalu orang yang berada dibawah berkata : ‘ Sesungguhnya kami menebuk lubang pada kapal dibahagian bawah untuk mengambil air’.Kalau mereka menahan ‘tangan’ mereka dan mencegah perbuatan mereka yang berada dibawah itu,maka selamatlah semuanya,tetapi sekiranya mereka membiarkan sahaja,maka mereka akan tenggelam kesemuanya.” (riwayat al-tirmizi)

kau atas aku bawah namun kita tetap satu kapal


Dalam analogi mudah ini,orang yang duduk dibahagian bawah kapal ibarat ahli maksiat yang suka melakukan kerosakan.Di bahagian atas pula golongan yang melihat kemungkaran tetapi berdiam diri dan tidak mencegahnya.Jika orang yang berada di bahagian bawah kapal membuat lubang di kapal untuk mengambil air,ia berisiko menenggelamkan kapal.

Jika kita berada di atas,adakah wajar kita hanya membiarkan sahaja perbuatan yang berisiko besar itu? Adakah kita hanya membiarkan sahaja perbuatan yang berisiko besar itu?Adakah kita hanya selesa menikmati sinaran matahari dan bayu laut dengan tidak mempedulikan keperluan dan perbuatan mereka di bahagian bawah?

Jika maksiat berleluasa,impak buruknya akan turut terkena tempias kepada orang soleh.Jika bencana melanda dek Allah murka,orang soleh juga tidak terkecuali.

Jadi pilihan yang ada ialah sama ada diam ataupun bertindak.Jawapan di tangan anda.PILIHLAH....

Apakah tindakan yang harus dilakukan sekiranya pihak yang melakukan kemungkaran lebih berkuasa atau berkemampuan berbanding pihak yang hendak mencegahnya ?

Dalam konteks ini,Dr. Yusuf al-Qaradawi menasihatkan :

Bersabar dan mempersiapkan diri sehinggalah dia memiliki kekuatan yang diperlukan.Sementara itu dia hendaklah mencegah kemungkaran itu dengan lisan,tulisan,nasihat dakwah dan peringatan sehingga masyarakat umu sedar dan meminta kemungkaran itu dihapuskan.

Dalam kontkes yang sama,Imam al-Ghazali menyatakan :

 “ketahuilah bahawa orang yang hendak melakukan amar makruf dan nahi mungkar itu harus mempunyai kesanggupan dan kemampuan,yakni sanggup melakukannya dengan ucapan,namun paling baik dengan perbuatan.Orang yang tidak sanggup melakukan dengan ucapan dan perbuatan,dia harus menanam rasa benci kepada perbuatan mungkar...”




“ Membina mengambil masa yang panjang,sedangkan meruntuhkan boleh dilakukan sekelip mata “


Islam is the way of life


Solusi no.44
USTAZ PAHROL MOHAMAD JUOI

MENILAI DAN MENGKAJI

on Sunday 27 May 2012


Assalammualaikum dan salam ukhuwah

Pada kali ini saya tertarik untuk mengupas satu petikan  mungkin agak menarik untuk saya perkatakan dialam wasilah ini. Menarik ???

 moga-moga boleh menarik kalian untuk terus membaca dengan tekun sehingga ke penghujung cerita ^^

Moga kalian boleh menilai dan mengkaji atas suratan yang akan saya kupaskan.

Menilai dan mengkaji

Saya highlightkan menilai dan mengkaji

Ehh..macam suspen pulak...

-Alkisah-

Shah,seorang pelajar SISTA  atau nama panjangnya SEKOLAH STAR.star la kot.Shah baru pulang dari sekolah untuk menjalani cuti pertengahan penggal selama dua minggu dirumahnya.

AhhhHHH,,..nah kau,.....dushhHHH..!!!!!! seekor kucing putih ditendang deras oleh Shah.                   

Latihan futsal seminggu sekali yang sering dijalankan  oleh Shah selaku pemain kebangsaan akhirnya dipraktikkan tendangan sulung pada seekor kucing.nauzubillah minzalik...

(p/s :  mempraktikkan ilmu pada jalan yang salah ).

“ Mungkin aku  tiada akal,hanya dikurniakan otak oleh tuhanku Allah Swt  tapi aku mempunyai perasaaan,tidak sekejam seperti kamu wahai manusia “. Kata sang kucing didalam hati nan bisu.  

Dah comot lagi kotor,lepas tu nak mengesel-gesel pipi ko  kat seluar jins aku...mahal wooo...ai,kang ku flying kick  kali kedua baru tau... ai,..ai,,.. tengking Shah dengan penuh angkuh sambil mengangkat kaki menggayakan gaya tomoi.

“seluar jins boleh dibeli dengan wang ringgit,tetapi kasih sayang tidak mampu dibeli“ tambah sang kucing lagi.




Lalu sang kucing putih berlalu pergi dengan perasaan yang hampa.

seakan seorang puteri nilam  dikecewakan oleh putera tasik banding.

kecewa x terkata.air mata menyulusuri pemergiaan sang kucing.

Sayu hati,sayu sekali.

kasih sayang diwaktu kecil dahulu berkongsi bersama tapi akhirnyaaaaa...

PINNNN.....PINNNN.....PINNNNN.........!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Esoknya
29hb mei 2012


“ Nah,Nah,...makan-makan , jangan dok rebut-rebut.baca bismilllah sebelum makan “ Shah khusyuk memberi makan pada kucing belaan ibunya.

Ehhh...sat,..soo,duo,tigo,empat...

Aitt...mulo2...

Soo,duo,tigo,empat...

Mane lagi soo?? Ehh,bakpo kawe kecek kelate...hehe

bukan ke semuanya ade lima.

Hah,Saly...mana Saly......shah tercari-cari saly...shah kebingungan seakan ibu ayam mencari anaknya.p mai p mai tang tu,sini,sana namun tidak kelihatan wajah yang dicari.Namun Cuma wujud  bayangan indah saat bersama dengannya.YAAaaa,dengannya............

 “ ibu,mana Saly ??? “ tanya Shah

Saly ????  ibu seakan terkejut dan menundukkan kepalanya sedikit menampakkan riak muka yang sedih.

Nape ibu ???? soal Shah kebingungan.

“Pagi tadi ibu bersiap nak p pasar pagi di gunung rapat nun,sewaktu ibu baru keluar dipersimpangan jalan simpang tiga rumah kita,ibu  terlihat  ade seekor kucing berlumuran darah dijalan raya.Bila ibu membelitkan mayat kucing itu.Alangkah terkejutnya ibu,ini adalah Saly . “ ibu terangkan kepada Shah sambil air mata ibu  mengalir dipipi sedikit demi sedikit.

Sewaktu kamu masuk ke SISTA,Saly terus hilang menyepi.Mungkin dia agak sedih.sebelum ini dia sering bermain dengan kamu,tidur bersama dengan kamu,makan bersama kamu,malah bila kamu hendak bergerak ke sista dia turut mengekori kamu.

Ibu x dapat lupakan saat kamu tidur sebantal dengannya.seakan adik-beradik yang akrab sekali.semenjak kamu masuk ke sista,saly tidak kelihatan lagi.sehinggalah saat pagi tadi.

Bukan jasad yang bernyawa lagi  tapi jasad yang terbaring kaku temui

Jadi, seekor kucing putih yang aku sepak semalam itu adalah Saly... mungkin dia balik ke rumah ini ingin bersua dengan ku melepas kerinduan yang lara. Tapi aku telah khianatinya.Saly yang sering menemani ku sewaktu kecil dahulu,tempat aku meluahkan perasaan,tempat aku mendamba kasih kini aku telah membunuh kenangan manis saat bersamanya dengan kaki ku sendiri.

Shah X mampu mengungkap kata-kata dibibirnya 

cuma kelihatan tangisan penyesalan diwajahnya.


-Tammat-


ehhh.nape buat citer sedih... lain yang plan,lain pulak jalan ceritanya.

Maaf membuatkan anda turut tangisi kisah ini..sob3

namun tidak salah untuk kita tangisi tanda menginsafi diri yang makin lalai malah makin leka dengan 
nikmat dunia.

Pokok yang gah berdiri akhirnya akan reput

daun yang berseri warnanya akan mati kekeringan

dan begitu manusia

 sekuat mana manusia,sehebat mana manusia,akhirnya akan turut mati.

Dari tanah akan kembali ke tanah


Menilai dan mengkaji


Kasih sayang,mati hidup,pilih kasih, tidaklah saya ingin kupaskan disini.kalian lebih bijak menilai dengan lebih teliti mengenai pengajaran cerita ini.

Apa yang saya hendak pertengahkan disini mengenai menilai dan mengkaji atau bahasa lebih mudah mengambil tahu sedalamnya atas sesuatu perkara yang hadir dimata kita.

Andai Shah mengkaji dengan lebih teliti disebalik rupa yang kotor itu adalah kucing kesayangannya iaitu Saly,nescaya Shah x akan sepak kucing tersebut.Dan mungkin kucing tersebut tidak akan mati kemalangan selepas dikecewakan oleh Shah.

menilai dan mengkaji

Boleh jadi si A mengatakan si B telah mencuri selipar kesayangan anda. Jealous melihat anda sehingga nak tidur pon anda sanggup memeluk selipar tersebut..errkkk..apa punya contoh daa...betulkah si B yang mencuri selipar anda ?? mungkin si B nak selamatkan selipar anda dari dimasukkan tong sampah sebab x susun selipar dengan baik. Satu contoh -menilai dan mengkaji jangan meletak terus persepsif buruk pada mana-mana pihak-

Marcapada ini,pelbagai kisah atau skrip dimainkan dialam teknologi nan canggih ini.Sahih atau tidak semuanya ditangan anda.Baik,buruk,sedih,duka,sayu,kecewa, wujud serta merta tanpa diundang bila melihat dan membaca dihamparan skrin laptop.Ooopzzz....ingat cucu atok !!!! apa atok cakap tadi

Menilai dan mengkaji

ARSENAL dinobatkan selaku JUARA  ENGLISH PREMIER LEAGUE (EPL)  2012 yang ke-29 kali selepas mengalahkan musuh tradisi MANCHESTER UNITED.

Ulang suara : menilai dan mengkaji


Jangan meletakkan satu tanggapan yang drastik mengenai sesuatu perkara.Boleh jadi ia betul atau tidak.Maka kaji dan mengaji isu tersebut.Nescaya kamu akan lebih memahami lebih arif atas apa yang kamu kaji.



Sekian,
Salam penilaian.
 taiping-umkl29





REALITI atau fantasi

on Friday 18 May 2012



Mimpi semalam membuatkan aku tersentak dari tidur lena

Leka terbaring ditilam empuk

kemudian aku dikejutkan

Kedengaran suatu suara dari seorang hamba

Yang tidak aku kenali siapa,dari mana,yang pasti terus ke dalam gegendang telinga ku

Mimpi

Bukan “candydream” ataupun “sweetdream”

Mimpi ini hanya menyebabkan kita lena di alam fantasi

                                                      Tapi sebuah mimpi membawa satu peringatan

“ PERINGATAN ”

ke manakah aku akan ditempatkan ??? syurga atau neraka ??

Peringatan yang membawa aku pada alam realiti

Peringatan yang meyebabkan aku tercengang berfikir

Khabar diberita menyatakan akan berlaku banjir besar pada jumaat depan

Aku tidak berkata apa-apa

Mungkin itu adalah banjir biasa

Biasa aku lihat  sebelum ini

 TSUNAMI 26 DIS 2004

Ahhh..biasa jea..begitulah hati aku berkata

Sebab diri ku jauh dari alam bencana tersebut

Hakikatnya bencana ini telah meragut banyak nyawa

Kecil,muda,tua semua menjadi mangsa

Satu peringatan yang muncul tapi tidak membawa perubahan pada hidupku

Astarfirullahala`zim

Namun,

Di alam mimpi semalam

Seorang hamba ini memberitahuku

Saat terjadinya banjir itu  akan  berlakunya  KIAMAT

Kiamat ???

Aku,aku, x terkata apa-apa

Fikiranku bersilih ganti

Mampukah aku mencari pahala dalam masa seminggu untuk mendapat syurga Allah

Sempatkah ???

Bagaimana dosa aku selama 19 tahun  hidup selama ini

Mampukah  terhapus dengan amalan ku selama seminggu

Dosa yang aku cuma fikirkan satu keseronokan

Nikmat dunia

Tanpa memikirkan kesannya

Zina pancaindera ku

Astarfirullahala`zim

Aku tunduk dengan hiburan dunia

Sibuk dengan urusan dunia

Tanpa memikirkan akhirat

Hanya pentingkan kegembiraan buat sementara

Tidak selamanya

Aku cuma ada masa seminggu untuk mendapat syurga Allah

Seminggu ???

Ataupun saat ini sememangnya aku ini ahli neraka,nauzubillah min zalik

Sebelum ini bibir ku sering berkata-kata  mengenai kematian

Kematian

Kematian

Dan sekarang ini kematian mengejarku

Kesempatan ini aku minta maaf atas segala kesilapanku

Minta halal segala makan,minum,dan ilmu yang dicurahkan dari kalian

Realiti Atau Fantasi

Mungkin Ini Berlaku Di alam Fantasi

Namun Ia Membawa makna  Realiti

“ katakanlah sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya,ia pasti menemui kamu,kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah...” (aljumuaah : 8)




 18hb Mei 2012,
DIALAM REALITI








WE ARE THE CHAMPION

on Wednesday 16 May 2012


“Andai Islam seperti sebuh bangunan usang yang hampir rebah, maka akan ku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan tersergam indah…”-(Imam Hassan Al-Banna)


GGGOOOOOOAAALLLLL.. !!!!! fantastic goal....sSO AmaZINgGGg.....


Siapa sangka,2 minute terakhir membawa 1 000  perubahan pada pasukan yang kian digilai ramai...saat-saat terakhir terus mengubah nasib mereka ..perubahan yang membawa mimpi indah bagi pemain,pengurus dan tidak lupa para penyokong...bulan bintang bukti kemenangan  dimiliki...pada dahulunya mereka asing,seakan tidak wujud dibumi “ EPL (english premier league) ”...kini nama mereka disebut-sebut sehingga ke alam mimpi......hebat29


Roberto mancini selaku pengurus pasukan manchester city telah menamatkan kemarau gelaran liga 44 tahun sejak kali terakhir menang pada 1968 dahulu.Dahulunya mereka hampir kecundang dipersada “EPL” kini mereka terus naik melambung tinggi  mengalahkan musuh tradisi.Arsenal,Liverpool,Chelsea nun senyap menyepi tatkala melihat semangat “anak muda” terus meningkat..seakan pasukan lawan memberi  jalan  meredhai perjuangan mereka.... (arsenal29 tetap dihati)

Selaku juara bertahan berturut-turut,Manchester United tiba-tiba  menyorok kekecewaan setelah takhtanya dirampas pasukan bawahan...Dahulunya MU gah dipencak dunia,tidak akan berundur walau sejengkal,tidak akan mengelak walau dipanah,namun semuanya telah berakhir..

we are the champion


-yang berada diatas tidak akan sentiasa diatas,yang berada dibawah tidak akan sentiasa dibawah-

Yaaaa...’golongan muda’....itulah prinsip selaku juara “EPL 2012” Manchester City  yang telah mengubah sistem permainan..memasukkan “golongan muda” dalam jentera pasukan..Kun Aguero,Edin Dzeko,Pablo Zabaleta,David Silva Dan Samir Nasri selaku anak muda...turut berganding bahu sesama  ‘golongan tua’ iaitu carlos teves yang penuh pengalaman dalam gerak-geri pasukan musuh..tatkala semangat anak muda bergabung dengan golongan tua,tiada siapa mampu menghalangnya.....


Siapa Sangka Pada Dahulunya Mereka Bawahan
Siapa Sangka Pada Dahulunya Mereka Seakan Tiada
Siapa Sangka Pada Dahulunya Mereka Dicaci
Dihina,Dimaki,Diperli
Nahhh,Semuanya Hilang Bersemi
Setelah Memegang Takhta  “DUNIAWI”


GOLONGAN MUDA GENERASI PERUBAHAN

Roberto mancini selaku pengurus pasukan manchester city  tidak mampu mengukir kegembiraan tatkala mengalahkan musuh tradisi,Manchester United
.
YESSSS..!!! MISSION COMPLETE ....HAHAHAHA.Begitulah kegembiraan roberto mancini ^^

Musuh yang selama ini menjadi mimpi gelap bagi setiap pasukan akhirnya kecundang ditangan anak muda roberto mancini.

Percayakah anda ??

Percaya atau tidak,

Anda tidak mampu mempertikaikan kemenangan ini kerana sejarah semalam telah membuktikan kemenangan mereka.

Mana mungkin fakta semalam menjadi auta pada hari ini
.
Tidakkah begitu ??

Mancini telah mengubah corak perlawanan dengan memasukkan golongan muda memangku jentera pasukan MC.

Golongan muda gah diperkuatkan dalam jentera serangan,perancang,dan  pertahanan

Dari setiap posisi wujudnya generasi muda  memikul tanggungjawab yang tinggi demi menggalas takhta “epl”.

Kun Aguero,Edin Dzeko,Pablo Zabaleta,David Silva Dan Samir Nasri

Setiap dari mereka memainkan peranan yang penting dan memahami tugas masing-masing  dalam pasukan ini.

Selaku Jentera pertahanan akan mempertahankan kubu dari dimasuki dan dibolosi pihak lawan.seandainya leka seketika pasti akan mudah dimasuki oleh pihak musuh.

Selaku Perancang akan membentuk satu laluan untuk memusnahkan benteng pihak lawan.

Akhir sekal, selaku Jentera Serangan akan menyumbat goal dalam gawang pihak lawan.

Begitulah pergerakan yang dibina dengan teliti dan terancang untuk mengalahkan pihak musuh.Tanpa strategi yang lengkap mana mungkin pihak musuh dapat ditumbangkan.
  
amal fardie dan amal jamaie digabung bersama untuk merealisasikan hasrat mencipta goal.amal ijtimae turut digunakan bilamana betul-betul dihadapan tiang goal  pihak lawan.



Ini sejarah kita :


"...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Tahukah kalian siapa  yang dimaksudkan oleh Rasulullah
 .
Baginda ialah seorang pemuda.

Seusia 19 tahun sudah menaiki takhta mengganti ayahnya (sultan murad ii)

Hadis Nabi Muhammad Saw yang diriwayatkan 800 tahun dahulu kini terlaksana.

29 Mei 1453, Kota Konstantinopel jatuh ke tangan Islam dibawah pimpinan baginda saat umurnya  21 tahun.

Seorang yang tawadu`,akhlak yang terpuji,berkemahiran dalam pelbagai bidang ilmuan ( agama,peperangan,akademik,urusan pentadbiran negara )


Dan Baginda adalah :

Sultan Muhammad Al-Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah

Subhanallah,seorang anak muda yang ditarbiyah sejak kecil lagi berguru dengan Syeikh Shamsuddin Al-Wali kemudian mengembangkan dakwahnya dan akhir sekali memegang tampuk kepimpinan(siasah) sebagai khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah...ALLAHUAKBAR.

Begitulah bukti seorang tokoh pemuda menerajui perubahan dizaman Kerajaan Uthmaniyyah

Siapa sangka,hanya seorang pemuda mampu menumbangkan Kota Konstantinopel walaupun  sebelum ini beberapa serangan dilancarkan terhadap kota tersebeut,namun tidak berkesan.

baginda bukan calang-calang pemuda..

Bukan yang bermain pest2012 sewaktu remaja,yang bermain futsal sewaktu muda.

Tapi,Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh  dizaman muda..subhanallah..hebat2 (aduhh,pedih2..memang terkena kt muka sendiri)

Menyusun strategi diluar kotak fikiran sehingga musuh tidak mampu menjangkakan serangan yang akan dilakukan oleh baginda.

Berdasarkan kejayaan seorang pemuda ini,Roberto Mancini mengambil inisiatif dengan memasukkan jentera pemuda dalam pasukan Manchester City.

“ Sultan muhammad al-fateh pon boleh menumbangkan kota konstantinopel yang tidak pernah ditumbangkan sebelum ini,ini kan pasukan kecil Manchester United “ kata hati kecil roberto mancini  ( ye la kot..hehe )

Dengan semangat roh Al-Fateh,akhirnya strategi yang digunakan oleh Roberto Mancini membuahkan hasil.
Akhirnya,Trofi English Premiur League 2012 dimiliki oleh pasukan Manchester City.


Golongan muda peneraju perubahan



Sepandai-pandai burung terbang dilangit akhirnya akan mendarat dihamparan bumi
Sehebat mana sesuatu “geng” itu,akhirnya akan jatuh juga.

Jangan sangka kemenangan yang ada ditangan akan kekal selamanya
Nantikan satu saat,PASTI kau akan kecundang akhirnya.................................



”Seandainya ada 100 orang pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu.
Seandainya ada 10 orang pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu.
Seandainya hanya tinggal seorang pejuang Islam, pastikan dia ialah kamu....” 
(Abu al-A’la al-Maududi)







-UJIAN HIDUP-

on Friday 11 May 2012






Hanya engkau yang tahu  isi hatiku





MANUSIA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

Al-Quran Menjawab :

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? (Lihat Surah Al-Ankabuut : 2).

“Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta”. (Lihat Surah Al-Ankabuut : 3)





MANUSIA BERTANYA : KENAPA AKU TIDAK DIUJI SAHAJA DENGAN PERKARA-PERKARA YANG BAIK?

Al-Quran Menjawab :

“…boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”. (Lihat Surah Al-Baqarah : 216)





MANUSIA BERTANYA : KENAPA AKU DIBERI UJIAN SEBERAT INI?

Al-Quran Menjawab :

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya……….” (Lihat Surah Al-Baqarah : 286)





MANUSIA BERTANYA : BOLEHKAH AKU KECEWA?

Al-Quran Menjawab :

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman”. (Lihat Surah Ali Imraan : 139)





Manusia Bertanya : Bolehkah aku berputus asa ?

Al-Quran Menjawab :

“…dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir”. (Lihat Surah Yusuf : 87)




Manusia Bertanya : Bagaimana cara menghadapi ujian hidup ini?

Al-Quran Menjawab :

“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung”. (Lihat Surah Ali Imraan : 200)

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”. (Lihat Surah Al-Baqarah : 45)





Manusia Bertanya : Bagaimana menguatkan hatiku?

Al-Quran Menjawab :

“….Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan melainkan Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal…….” (Lihat Surah At-Taubah : 129)





Manusia Bertanya : Apa yang ku dapat dari semua ujian ini?

Al-Quran Menjawab :

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka……….” (Lihat Surah At-Taubah : 111)







” BERDOALAH KAMU KEPADAKU NESCAYA AKU PERKENANKAN DOA PERMOHONAN KAMU.”


allah menguji kita sebab kita murka pada allah
allah menguji kita supaya kita dapat berfikir dosa2 kita
allah menguji kita sebab allah x nak kita terus melakukan dosa
allah menguji kita sebab allah sayang pada kita

"حاسبوا أنفسكم قبل أن تحاسبوا"
Maksudnya : hitunglah dirimu sebelum kamu dihitungkan (di akhirat).








 
© hadafuljadid All Rights Reserved