WE ARE THE CHAMPION

on Wednesday, 16 May 2012


“Andai Islam seperti sebuh bangunan usang yang hampir rebah, maka akan ku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan tersergam indah…”-(Imam Hassan Al-Banna)


GGGOOOOOOAAALLLLL.. !!!!! fantastic goal....sSO AmaZINgGGg.....


Siapa sangka,2 minute terakhir membawa 1 000  perubahan pada pasukan yang kian digilai ramai...saat-saat terakhir terus mengubah nasib mereka ..perubahan yang membawa mimpi indah bagi pemain,pengurus dan tidak lupa para penyokong...bulan bintang bukti kemenangan  dimiliki...pada dahulunya mereka asing,seakan tidak wujud dibumi “ EPL (english premier league) ”...kini nama mereka disebut-sebut sehingga ke alam mimpi......hebat29


Roberto mancini selaku pengurus pasukan manchester city telah menamatkan kemarau gelaran liga 44 tahun sejak kali terakhir menang pada 1968 dahulu.Dahulunya mereka hampir kecundang dipersada “EPL” kini mereka terus naik melambung tinggi  mengalahkan musuh tradisi.Arsenal,Liverpool,Chelsea nun senyap menyepi tatkala melihat semangat “anak muda” terus meningkat..seakan pasukan lawan memberi  jalan  meredhai perjuangan mereka.... (arsenal29 tetap dihati)

Selaku juara bertahan berturut-turut,Manchester United tiba-tiba  menyorok kekecewaan setelah takhtanya dirampas pasukan bawahan...Dahulunya MU gah dipencak dunia,tidak akan berundur walau sejengkal,tidak akan mengelak walau dipanah,namun semuanya telah berakhir..

we are the champion


-yang berada diatas tidak akan sentiasa diatas,yang berada dibawah tidak akan sentiasa dibawah-

Yaaaa...’golongan muda’....itulah prinsip selaku juara “EPL 2012” Manchester City  yang telah mengubah sistem permainan..memasukkan “golongan muda” dalam jentera pasukan..Kun Aguero,Edin Dzeko,Pablo Zabaleta,David Silva Dan Samir Nasri selaku anak muda...turut berganding bahu sesama  ‘golongan tua’ iaitu carlos teves yang penuh pengalaman dalam gerak-geri pasukan musuh..tatkala semangat anak muda bergabung dengan golongan tua,tiada siapa mampu menghalangnya.....


Siapa Sangka Pada Dahulunya Mereka Bawahan
Siapa Sangka Pada Dahulunya Mereka Seakan Tiada
Siapa Sangka Pada Dahulunya Mereka Dicaci
Dihina,Dimaki,Diperli
Nahhh,Semuanya Hilang Bersemi
Setelah Memegang Takhta  “DUNIAWI”


GOLONGAN MUDA GENERASI PERUBAHAN

Roberto mancini selaku pengurus pasukan manchester city  tidak mampu mengukir kegembiraan tatkala mengalahkan musuh tradisi,Manchester United
.
YESSSS..!!! MISSION COMPLETE ....HAHAHAHA.Begitulah kegembiraan roberto mancini ^^

Musuh yang selama ini menjadi mimpi gelap bagi setiap pasukan akhirnya kecundang ditangan anak muda roberto mancini.

Percayakah anda ??

Percaya atau tidak,

Anda tidak mampu mempertikaikan kemenangan ini kerana sejarah semalam telah membuktikan kemenangan mereka.

Mana mungkin fakta semalam menjadi auta pada hari ini
.
Tidakkah begitu ??

Mancini telah mengubah corak perlawanan dengan memasukkan golongan muda memangku jentera pasukan MC.

Golongan muda gah diperkuatkan dalam jentera serangan,perancang,dan  pertahanan

Dari setiap posisi wujudnya generasi muda  memikul tanggungjawab yang tinggi demi menggalas takhta “epl”.

Kun Aguero,Edin Dzeko,Pablo Zabaleta,David Silva Dan Samir Nasri

Setiap dari mereka memainkan peranan yang penting dan memahami tugas masing-masing  dalam pasukan ini.

Selaku Jentera pertahanan akan mempertahankan kubu dari dimasuki dan dibolosi pihak lawan.seandainya leka seketika pasti akan mudah dimasuki oleh pihak musuh.

Selaku Perancang akan membentuk satu laluan untuk memusnahkan benteng pihak lawan.

Akhir sekal, selaku Jentera Serangan akan menyumbat goal dalam gawang pihak lawan.

Begitulah pergerakan yang dibina dengan teliti dan terancang untuk mengalahkan pihak musuh.Tanpa strategi yang lengkap mana mungkin pihak musuh dapat ditumbangkan.
  
amal fardie dan amal jamaie digabung bersama untuk merealisasikan hasrat mencipta goal.amal ijtimae turut digunakan bilamana betul-betul dihadapan tiang goal  pihak lawan.



Ini sejarah kita :


"...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Tahukah kalian siapa  yang dimaksudkan oleh Rasulullah
 .
Baginda ialah seorang pemuda.

Seusia 19 tahun sudah menaiki takhta mengganti ayahnya (sultan murad ii)

Hadis Nabi Muhammad Saw yang diriwayatkan 800 tahun dahulu kini terlaksana.

29 Mei 1453, Kota Konstantinopel jatuh ke tangan Islam dibawah pimpinan baginda saat umurnya  21 tahun.

Seorang yang tawadu`,akhlak yang terpuji,berkemahiran dalam pelbagai bidang ilmuan ( agama,peperangan,akademik,urusan pentadbiran negara )


Dan Baginda adalah :

Sultan Muhammad Al-Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah

Subhanallah,seorang anak muda yang ditarbiyah sejak kecil lagi berguru dengan Syeikh Shamsuddin Al-Wali kemudian mengembangkan dakwahnya dan akhir sekali memegang tampuk kepimpinan(siasah) sebagai khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah...ALLAHUAKBAR.

Begitulah bukti seorang tokoh pemuda menerajui perubahan dizaman Kerajaan Uthmaniyyah

Siapa sangka,hanya seorang pemuda mampu menumbangkan Kota Konstantinopel walaupun  sebelum ini beberapa serangan dilancarkan terhadap kota tersebeut,namun tidak berkesan.

baginda bukan calang-calang pemuda..

Bukan yang bermain pest2012 sewaktu remaja,yang bermain futsal sewaktu muda.

Tapi,Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh  dizaman muda..subhanallah..hebat2 (aduhh,pedih2..memang terkena kt muka sendiri)

Menyusun strategi diluar kotak fikiran sehingga musuh tidak mampu menjangkakan serangan yang akan dilakukan oleh baginda.

Berdasarkan kejayaan seorang pemuda ini,Roberto Mancini mengambil inisiatif dengan memasukkan jentera pemuda dalam pasukan Manchester City.

“ Sultan muhammad al-fateh pon boleh menumbangkan kota konstantinopel yang tidak pernah ditumbangkan sebelum ini,ini kan pasukan kecil Manchester United “ kata hati kecil roberto mancini  ( ye la kot..hehe )

Dengan semangat roh Al-Fateh,akhirnya strategi yang digunakan oleh Roberto Mancini membuahkan hasil.
Akhirnya,Trofi English Premiur League 2012 dimiliki oleh pasukan Manchester City.


Golongan muda peneraju perubahan



Sepandai-pandai burung terbang dilangit akhirnya akan mendarat dihamparan bumi
Sehebat mana sesuatu “geng” itu,akhirnya akan jatuh juga.

Jangan sangka kemenangan yang ada ditangan akan kekal selamanya
Nantikan satu saat,PASTI kau akan kecundang akhirnya.................................



”Seandainya ada 100 orang pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu.
Seandainya ada 10 orang pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu.
Seandainya hanya tinggal seorang pejuang Islam, pastikan dia ialah kamu....” 
(Abu al-A’la al-Maududi)







Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© hadafuljadid All Rights Reserved