Qasidah Sollu 'ala khairil anam

on Monday 4 February 2013





صلوا على خير الأنام المصطفى بدر التمام
صلوا عليه وسلموا يشفع لنا يوم الزحام

صلوا على خير الأنام المصطفى بدر التمام
صلوا عليه وسلموا يشفع لنا يوم الزحام 









Cinta

on Sunday 3 February 2013



Beruntunglah kerana ada yang mencintai.



Beruntunglah engkau kerana ada yang masih mencintai.Engkau sering dibelai dengan penuh kasih sayang.Ditatang minyak yang penuh.Setitis tangisan tidak dibenarkan jatuh dialiran pipi.Sekumit luka tidak dibenarkan wujud dikulit badan.Beruntunglah masih Ada yang ingin mengambil berat terhadap engkau.


Awak sudah makan ?

Akak buat ape tu ? hati-hati ye

Apa-apa masalah terus terang dengan ibu,jangan sembunyi-sembunyi

Abang cakap macam nie sebab abang sayang dekat adik


Tapi,

 Adakah anda hargai segala kasih sayang ini?



Beruntunglah kerana ada yang mencintai.





Aku seronok melihat engkau disamping orang yang tersayang.Ada abah,ibu,tok,tok wan,abang,akak,dan adik.Kadang-kadang hati aku meronta mengapa Allah jadikan aku sebegini.Kehidupan aku malap dari kasih sayang mereka yang digelar ibu dan ayah.Aku dahagakan kasih sayang dari mereka.Kalau ditawarkan segunung emas dan secawan kasih sayang Pasti aku menghirup kasih sayang itu sepuas-puasnya.Setitis pon tidak aku izinkan jatuh dari bibir mulut.


Tetapi aku heran mengapa manusia disana seoleh-oleh kasih sayang yang diberikan langsung tidak dihargai.Mungkin silap sebab sering kali bersua,mungkin silap sering kali bertanya khabar,mungkin silap kerana sentiasa diberi perhatian,mungkin silap kerana sering kali dibelai dengan penuh kasih sayang.


Beruntunglah kerana Ada yang mencintai.


Kasih sayang ibarat sebuah handphone.Semua sedia maklum Handphone adalah keperluan bagi setiap manusia.Hatta rumah sekecil pondok,dipoket seluar pasti terseletnya sebuah handphone baik Nokia,Samsung,atau Sony.Handphone sentiasa berada disisi dan berhampiran dengan kita.Sentiasa dipegang,digunakan,dan dibawa kemana sahaja.Ia dekat dan berhampiran dengan kita.Dekat sangat-sangat.


Natijahnya,Lama-kelamaan ia akan dianggap seperti bahan biasa yang tidak bernilai.Pada awal pembelian ia dibelai dan digilap,tetapi apabila sudah lama digunakan ia dicampak dan dilontarkan sahaja diatas katil.Mana tidaknya,ia dianggap seperti biasa.Nahhh,apabila hancur berkecai bahan yang  dianggap seperti biasa ini barulah kekesalan dan penyesalan akan wujud diriak muka.


Beruntunglah kerana Ada yang mencintai.



Aku teringinkan seorang Abang

                                                   Aku teringinkan seorang Akak








Walau apa yang berlaku,Aku bersyukur pada Allah masih memberi ruang dan peluang untuk aku meneruskan kehidupan.Aku percaya setiap percaturan yang diaturkan oleh Allah adalah terbaik untuk hambanya.Setiap yang berlaku adanya hikmah.Setiap hikmah wajib membawa kesan baik.Aku percaya dengan ketentuan Allah.


Walau umurku hanya setahun jagung ,kulitku yang hitam manis,badanku yang kecil dan tegap,aku seronok berada disamping saudara-maraku yang aku anggap seperti adik beradik ku sendiri.Disini ada ibu,ayah,pak cik,akak,abang,dan ustaz Syukri Shidi.Berada bersama mereka sudah cukup bagiku untuk merasai kasih sayang.Di Rumah Anak Yatim Trong telah temukan aku dengan mereka.




Beruntunglah kerana ada yang mencintai.


Hargailah kasih sayang sementara mereka masih ada.





Yang dicintai,
Muhammad Al-fateh
30.1.2013
Trong
 
© hadafuljadid All Rights Reserved