Thanks to Allah
Satu kalimah yang mempunyai aura
tersendiri.Kalimah yang suci menjadi pegangan pada hati yang suci.Sang Pencipta
yang menjadikan manusia,Sang Pengasih yang menjadi tempat aduan manusia,Sang
Pengampun yang memberi harapan baru kepada manusia.Dia Pencipta dan kita
diciptakanNya.
Kasihnya Allah menciptakan kita pelbagai
bangsa,warna dan agama agar kita saling kenal-mengenali.Kasih sayang Allah
tidak dikhususkan kepada mana-mana manusia melainkan yang mentaati dan
mengikuti arahanNya.Kasih sayang Allah tidak terbatas namun manusia itu sendiri
membataskan diri untuk menikmati kasih sayang daripadaNya.Allahu
Aku berlindung kepada Tuhan Manusia
Raja Manusia
Sembahan Manusia [114:1-3]
Teringat luahan hati seorang warga Sabah yang
beragama Kristian :
'Saya percaya bahawa tuhan itu satu.Saya
diajar perkataan Allah sejak kecil.Dan Allah yang saya maksudkan ini adalah
tuhan saya (kristian).Apabila saya beribadah dan berdoa,saya dapat merasakan
Allah itu benar-benar dekat dalam hati saya'
Apa maksud disebalik kata-kata ini ?
Mereka percaya adanya tuhan yakni Allah.Mereka
diajar untuk sembah dan sujud kepadaNya.Cuma bezanya dalam pelbagai agama
adalah bagaimana cara mereka “BERIBADAT” kepada Allah.Kristian beza caranya,Buddha
beza caranya dan Islam beza caranya.Walaupun pelbagai agama namun peranan
mereka adalah beribadat kepada tuhan iaitu Allah. Katakanlah
aku berlindung pada Tuhan manusia,Raja Manusia dan Sembahan manusia.Mengapa
perlu dipersoalkan lagi bahawasanya Allah hanya layak disembah pada sesuatu
kaum dan agama sahaja sedangkan didalam Al-Quran sudah termaktub Allah itu
Tuhan manusia,Raja manusia,dan Sembahan manusia.
Untukmu Agamamu,Untukku Agamaku
[109:6]
Berbalik pada ungkapan kata diatas,sangat
terkesan dengan kata-kata saudara tersebut iaitu :
“Apabila saya beribadah dan berdoa,saya
dapat merasakan Allah itu benar-benar dekat dalam HATI saya”
HEADSHOOT !!
Aku pelik dan petak orang Kristian boleh
berkata-kata seperti begini. “Saya dapat merasakan Allah itu benar-benar dekat
dalam hati saya” .Ini kata-kata yang keluar dari mulut seorang yang beragama
Kristian bukan beragama Islam.Bagaimana mereka yang bukan beragama Islam boleh
merasakan kewujudan Allah didalam hati tetapi tidak kita yang beragama Islam
sejak berketurunan dan berwarisan lagi.Allahu.Mungkin hati kita sudah terlalu
hitam macam kopi O? Mungkin hati kita sudah melekat dengan pelbagai maksiat.
Allah. Moga Allah ampunkan dosa-dosa kita.
Dan satu rangkap kata-kata yang aku kira
mengetuk pintu hati bagi penganut Kristian,Buddha,dan Islam untuk mengenali siapakah DIA pencipta
mereka.
“You don’t find what do you want,but you
must find what the creator’s want”- Dr Mujahid Rawa
Mengikut hati pasti bumi ini terpecah
dua.Manusia itu sendiri akan mengagihkan bumi kepada dua dan mengatur pecahan
bangsa dan warna kulit untuk menetap disesuatu kawasan.Menjadi bijak pandai
seketika mengambil kerja Sang Pencipta.Dari ciptaan menjadi ala Pencipta dan
mengawal langkah kepada ciptaan yang sama.Mana mungkin berlaku.Sekiranya manusia itu diberi hak
untuk memenuhi kehendak diri pasti berlangit tinggi harapannya.Itulah manusia
yang tidak lari dari mainan hawa nafsu.
Khalifah Islam
pada suatu ketika dahulu menunjukkan contoh yang baik bagaimana agama lain
perlu dihormati meskipun ketika peperangan.
Pada zaman khalifah Umar Al-Khattab, beliau memasuki
Baitulmuqaddis dan mengarahkan tiada mana-mana penganut Kristian boleh disakiti
malah beliau mengisytiharkan deklarasi keamanan pertama di antara umat Islam,
Yahudi dan Kristian.
Begitu juga apa yang berlaku pada zaman Salahuddin Al-Ayubi ketika
peperangan menentang Richard The Lionheart bersama tujuh negara Eropah menakluk
Baitulmuqaddis, beliau memerintahkan gereja dibuat pemulihan setelah terkena
serangan bagi menghormati agama Kristian dan Yahudi bersama Islam
Allah,
Bila mata melihat Langit lantas mengingati
kekuasan Allah yang menciptakan langit tanpa tiang,
SubhanaAllah….
Bila mata melihat Lautan lantas mengingati
kebesaran Allah yang menciptakan laut sejauh mata memandang,
SubhanaAllah…
Yang percaya bahawa Allah itu Esa,
Yang percaya bahawa Allah tempat untuk
bergantung segalanya,
Yang percaya bahawa Allah itu tidak beranak
dan tidak diperanakkan.
Dan tiada yang setara dengaNya.
Allahuakbar.
________________________________________________________________________________
Serba ringkas perkongsian sewaktu forum “Polemik
khalimah Allah dan rampasan Bible”.Kefahaman itu perlu untuk tunjuki jalan
didunia.Menapak dengan kaki berteraskan ilmu fikiran.Aku kau dan kamu berperanan
berkongsi ilmu yang ada. Jangan mengkritik seseorang atas dasar berlainan
kiblat sebelum kita sendiri memperbetulkan kiblat yang lurus lagi benar.Fuhh,dunia
yang mencabar. Moga Allah meletakkan kita diatas jalan yang benar dan sentiasa
mengukuhkan pendirian kita.InsyaAllah.
Waallahualam.
Jiwa yg mencari hidayah Allah,
3.29PM / 4.2.2014