mULTI lEVEL mARKETING (mLM)

on Tuesday 27 March 2012




“ Saya  bersedia  membantu  anda  supaya  berjaya  dalam  perniagaan  MLM..TAKBIIRR..!!!!!"

Begitulah kata-kata yang penuh  semangat diucapkan oleh  Profesor  A.Sufian Said di pentas arena ‘speaker tent’..Sungguh POWER sekali....walau hujan turun mencurah,alunan suara yang padu lantas memecah jeritan hujan...SUFIAN POWER,itu gelaran yang diberikan  oleh  para peserta....SUFIAN,POWER !!!!!! 

*****

Tiba-tiba hatiku berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai ‘MLM’ ...ku lihat ramai yg  turut serta dalam  perniagaan ‘MLM’...namun,ada juga golongan yang tercicir tidak mahu menyertai perniagaan ini... adakah mereka faham atau tidak konsep perniagaan ini..??? persoalan ini yang akan dibincangkan...sama-sama kita renungkan dan selamat beramal....ehh,,tiba-tiba pulak =)

Perniagaan ‘MLM’ adalah satu perniagaan yang menjanjikan pulangan lumayan pada suatu hari kelak...kita berusaha pada hari ini,untuk mendapat hasil pada masa depan..betol kan ?? kalau silap mohon ditegur ( peserta baru MLM)

Kunci utama  kejayaan adalah "modal pelaburan"..iaitu pelaburan masa,wang,harta,diri dan hati...hebat gak perniagaan ni...smpai main hati sekali....apa yang kita perlu sedar adalah bila kita melibatkan diri dengan MLM yang tidak bermodal atau percuma ini sebenarnya bukan langkah yang baik untuk menjadi seorang "usahawan"...2 diaaakkk habaq hang....


 " Kalaulah MLM semudah yang kita sangka,sudah pasti kita tidak akan jumpa program2 MLM.Bagaiman mahu berjaya dalam MLM kalau beberapa disiplin yang ada tahap kesukaran tertentu tidak dapat diikut atau dilaksanakan dengan baik " tegas Sufian Power



one for all,all for one


Segala kudrat yang ada baik dari golongan tua,muda,dewasa,laki perempuan  dikerah dengan sekerah-kerahnya (hiperbola kot lita`qid) agar hasil yang akan dapat pada hari kelak betol2 lumayan....wahhh..bestnyaaa....aii,,,x nak join ke...promote nie.....mai,mai,mai...makna kata,semua golongan layak untuk menyertai perniagaan ini...tidak terkecuali seorang pon...

Peserta harus sedar dari mimpi lena perlunya perubahan diri hati jiwa dan raga...KEEP ON CHANGING,,YESSSS,WE CAN.!!!...Bergerum Stadium Emirates dengan sorakan yang diberi oleh para peserta.....sungguh hebat....

emmmm,,,cakkk..merasa aku tengok ikan,,,,thanx kawan



Dan inilah prinsip perniagaan iaitu  dilakukan beramai-ramai .Nak lakukan seorang boleh...Cuma nanti x power laa...SUFIANNNN,POWERR !!...ehh,,tiba2 jeaa....Upline membantu downline dan downline menurut perintah Upline selagi tidak melanggar syarak..adanya orang atas dan adanya orang bawah maka mereka bergerak seiringan.Susah senang bersama...cubit pipi kanan,terasa pipi kiri... ’bukit’ sama dinaiki dan (مفعول معه) sama dituruni....



<<<<<<<<<<TURUN KE BAWAH SWING KE ATAS>>>>>>>>>>



يأيّها الذين ءامنواهل أدلّكم على تجرة تنجيكم مّن عذاب أليم
 “Wahai orang-orang beriman,mahukah kamu aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab pedih [surah assaf : 10]


Subhanallah,,,,satu promosi perniagaan yang sangat lumayan....Perniagaan  yang ditawarkan oleh Allah kepada kita.....tawaran dari Pencipta kepada Hamba yang hina...hinanya kita disisi tuhan sehingga Allah sendiri yang menawarkan tawaran kepada kita....bukan kita sendiri yang ingin mencari tawaran tersebut.....

Bayangkan seorang Perusaha KFC yang mencari kita,bukan kita yang mencari Perusaha KFC..hahh,,yang ni mesti terkena pada insan-insan sedang menunggu interview atau baru nk minx berkerja di KFC...kan3 ?? lagi2 yg tengah cuti panjang benderang  smpai ke bulan 9....[pelajar sem4apium2012=].... x ke pelik mereka yang mencari kita,bukan kita yang mencari mereka... menunjukkan mereka mahu sangat kita korbankan harta,jiwa,tenaga untuk meneruskan kelangsungan perniagaan KFC...ehh...KFC..?? think about it............


تؤمنون بالله ورسوله وتجهدون فى سبيل الله بأموالكم وأنفسكم ذلكم خيرلّكم إن كنتم تعلمون
“Iaitu kamu beriman dengan Allah dan Rasulullah dan berjihad di jalan Allah dengan harta kamu dan jiwa kamu,itulah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui [surah assaf : 11]”


....Aiittt,ape ngene dengan MLM pulak...???.

Disini nak dikaitkan bahawasanya  perniagaan yang kita melabur pelbagai jutaan duit harta dan rentehan jiwa hati pada hari ini untuk mendapatkan hasil pada masa kelak iaitu akhirat -TIDAKKAH KAMU BERFIKIR-


إن الله اشترى من المؤمنين أنفسهم وأموالكم بأن لهم الجنة
“ Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin,baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka [surah at-taubah : 111] ”


Nahhhh..sekali lagi hentaman kehinaan tersembam pada muka kita.......sudah membeli lalu Allah memberikan lagi nikmat syurga kepada kita....subhanallah...Sesungguhnya Engkaulah  Yang Maha Pemurah lag Maha mengasihani ...perniagaan yang khusus kepada golongan “mukmin”..kita ni golongan apa errkkk ???   –TIDAKKAH KAMU BERFIKIR-


Golongan tua,muda,dewasa,laki perempuan semuanya x terkecuali menyertai perniagaan ini seandainya  kita ini “orang beriman”...upline downline malah halfline sekalipon mesti bergerak didalam keadaan yang tersusun...yang atas  tolong pihak bawah,yang bawah mentaati arahan atas....


إن الله يحب الذين يقتلون فى سبيله صفا كأنهم بنين مرصوص
“ Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur ,mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun [surah assaf : 4])



-sikit-sikit lama-lama jadi bukit-



Lihat sistem piramid yg dipaparkan....dari seorang diri,kita sebarkan pada keluarga,dari keluarga kita sebarkan pada masyarakat,dari masyarakat kita sebarkan kepada negara ......SUBHANALLAH.....berapakah ganjaran pahala yang akan diberikan oleh Allah kepada kita..?? -TIDAKKAH KAMU BERFIKIR-


Moga wasilah ini mencapai kefahaman para pembaca sekalian...salah silap mohon diperbetulkan (peserta baru MLM=)


ومن أظلم ممن افترى على الله الكذب وهو يدعى إلى الإسلم والله لا يهدى القوم الظالمين
“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah padahal dia diajak kepada agama islam? Dan Allah tidak memberi petunjuk 
kepada orang-orang yang zalim [surah assaf : 7]”



-MAAFKAN DIRIKU ABANG,MOGA SURATAN INI MENJADI PEDOMAN KITA BERSAMA-







KAU DAN AKU

on Friday 16 March 2012


KAU DAN AKU

Aku seronok sangat....seronok......seronok sehingga x terkata....subhanallah,adakah  ini yang   dikatakan nikmat yang terbesar....nikmat  yang terbesar selepas nikmat iman dan islam...iaitu nikmat seorang sahabat.

Seorang sahabat yang sering bersamaku....susah senang...ketika aku jatuh rebah...tatkala aku bernangis keseorangan....tiba-tiba engkau hadir dihadapan ku....membawa sinar harapan....seakan membawa satu dunia baru supaya aku terus bangkit berjuang dalam medan perjuangan ini...


 Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.


Namun,hati ini seakan-akan amat bersalah pada kalian semua......sering memarahi kalian...tiba-tiba naik emosi...tidak bertegur sapa...hatta sekuntum senyuman pon tidak dilemparkan kepada kalian.....mungkin ini adalah salah satu kesilapan yang terbesar bagi ku dalam adab persahabatan....ku pohon maaf pada kalian....








“Aku tidak perlukan kawan yang bangga dengan kelebihanku,aku perlukan kawan yang sering perbetulkan aku tatkala aku melakukan kesilapan”


Tegur aku sendainya aku ego
Tegur aku sendainya aku sombong
Tegur aku sendainya aku ada menguris hati mu

Naaahhhh...semua ini hanya angan-angan.....mana mungkin tangan ini mampu menggapai seribu bintang diangkasawan....seribu bintang  yang sering menceriakan hidupku....aku tersedar  dari alam mimpi......aku menerima sepucuk surat jemputan...jemputan yang pasti akan ku tolak...jemputan yng memutuskan ikatan kita..........

                                                      -suratan yang memisahkan kita-
                                   
Aku belum lagi merasai nikmat manis bersama kalian......masih tawar lagi dalam  hubungan ini....namun takdir Allah telah menetapkannya.....

...Dalam pertemuan,pasti ada perpisahan,dalam perpisahan pasti ada tangisan...


Siapalah sanggup melihat kawan yg sama-sama pergi ke dewan kuliah,makan dikantin,main futsal,main bola dan akhirnya berpisah...................................ddddrraaaaaaaannnggggg,berderai semuanyaaaaaaa.....

Namun,aku percaya,disebalik malam yang gelap pasti ade tersembunyi bintang yg terang bersinar...Allah memisahkan kita sementara agak kita cuba menghargai semula ikatan persahabatan yang terjalin sebelum ini..........ikatan yang akan bertemu pada suatu hari.......moga perpisahan ini menyedarkan kita dari khayalan......betapa indah bila bersama sahabat,betapa hancurnya berpisah dengan sahabat....semoga allah merehdai  pertemuan ini.


“Allah akan melindungi mereka dari dizalimi  iaitu Dua orang pemuda berkasih sayang  bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah”


                                                   -pasti  aku akan merindui kalian semua-


Salam kasih sahabatmu,
khairshidi
15 mac 2012, 7.29pm
Bus um,Kepulangan ke umnp



KURA-kura VS iTik

on Saturday 10 March 2012


Aiittt...awat ke pelik benoh tajuk ni....”Kura-Kura Vs Itik”...macam x ada binatang lain  jeaa....kalau “Kura-Kura Vs Arnab”  boleh terima lagi....macam  dalam buku novel “Perlumbaann Kedua”...yang kita belajar masa tingkatan dua...ingat x ???yang  kura-kura main acik kejo dengan arnab 2.... hahhhh,yang  ni baru experience ckit,...ni idokkk,ini kura-kura vs itik yang ko pilih...macam lawak pulak....

Tapi,bukan perbualan ‘main acik kejo yang nak dibincangkan’...apa yang nak dibawa disini tentang cara kehidupan mereka............tentang kehidupan mereka......jap,lagi sekali....tentang kehidupan mereka ...hehe...(saja nak bagi korang focus)

Begitulah hebatnya Allah swt menciptakan makhluk di alam ini..... alam,bumi,awan,angin,pokok,haiwan,lagi......dan bermacam-macam lagi...(maaf, x ada point sebab terlampau banyak sangat)

Begitulah sekiranya kita ingin menghitung nikmat Allah yang diberi kepada kita pasti x terkira..,,hatta kita diberi sebatang pena dan selautan dakwat,pasti tidak mampu menulis nikmat allah....

Tiru-meniru

Kehidupan ini hanya lah tiru-meniru....KAU TIRU AKU,AKU TIRU KAU...yang pasti kita tidak dapat meniru idea pencipta....Pencipta bijaksana dan  sini  lebih dari kita....apa la sangat kita ni,,,hanya tahu meniru jah....(ni x termasuk meniru dalam exam yeaa..kantooiii!!! )

Pencipta iaitu Allah menciptakan haiwan (isu hari ini) supaya kita berfikir...berfikir dan terus berfikir....maka muncullah perkataan ‘meniru’...manusia pada hari ini telah ‘meniru’ pepatung maka wujudnya helikopter....meniru dolphin maka wujudnya kapal selam...hah..baru dua contoh..yang lain 2 hampa fikir sendiri...

“ kura-kura vs itik “ aittt...baru nak masuk........

Kura-kura telah dinobatkan sebagai johan dalam “perlumbaan kedua”..hebat2....adakah dengan kepala comeynya(tanpa rambut) dia menjadi johan..??adakah dengan kekerasan cengkerangnya dia menjadi johan?? 00ooo..semestinya tidak....2 adalah fitrah bagi keluarga sang kura-kura,,,

okeyy..masuk pulak cerita itik ...tapi watak itik nie xde lak dalam cerita “Perlumbaan Kedua”..Ye Dok..??? mesti korang tertanya apa istimewa sangat dengan itik nie... walaupun mereka sesama turun  dilaut mencari rezeki  dan naik didarat mencari  teman...aitt...teman.???ape ngene dengan teman ini..aduhhh...serabut2 =).....sabo2, persoalan ini akan terjawab nanti......zzZZZZZZZzzhhhhhh

kura-kura  pada hakikatnya adalah seekor makhluk yang berjalan perlahan (merangkak kot) ....penuh dengan tawadukk...tanpa menghina dan mengata orang lain...kerna dia sedar,siapakah diri dia  yang sebenar (islah nafsika),,,,tiba2 jeaa....menongkah onak badai meneruskan perjalanan...setapak demi setapak...baik di laut mahu di darat...penuh dengan berhati-hati...penah ke kita dengor atau terbaca kura-kura mati kemalangan..??

“ Kota Bharu,10  Mac  2012,seekor kura-kura dijumpai mati akibat dilanggar oleh sebuah kereta putih INSPIRA  ‘KCX’ dijalan lurus Ketereh...seorang saksi yang bernama ‘ Alex ferguson’  iaitu jurulatih  “bola UM-B” melaporkan bahawasanya kura-kura tersebut mati ketika mahu melintas jalan menuju ke ‘Kedai AZUKI’ bagi menikmati sarapan pagi.Ketika beliau sedang melintas jalan,tiba-tiba  dihentam oleh kereta pancuan 4 roda yg dibawa oleh seorang pemuda dari Kedah gamaknyaa...”hok nie dongengan semata-mata (sekiranya x berlaku,maka ambillah pengajaran sebelum ia berlaku)   
   
p/s: hati-hati sahabatku bila melintas jalan didepan apium nie...pesanan ikhlas khairshidi..iklan metta

Berbuktikan kisah “Perlumbaan Kedua”  kura2 bukanlah seekor haiwan yg berlari pantas macam kilat untuk menandingi kepantasan sang arnab...pada logik akal pasti akan tewas sang kura-kura kepada sang Arnab...tapi  sebaliknya...sang kura-kura menjadi johan...lambat..lembab...macam mana boleh menang ? sifat yang lemah tidak menjadi penghalang untuk kita berjaya...Cuma diri kita nak atau x nak berjaya...sifat tidak putus asa,keyakinan pada diri sendiri dan yakin pada Allah pasti  akan berjaya...tengok,kura-kura pon bergantung pada Allah..kita ?? aiiitttt...(tambahan semata-mata)....ingat,yang hebat x semesti akan menang,yang lemah x semesti akan kalah...nak tahu apa rahsia kemenangan sang kura-kura ? inilah Kata-kata yang bersemadi didalam jiwa sang kura-kura :
              
                        “Berjalan Andai X Mampu Berlari Asalkan Aku Terus Bergerak”

baikkk..apa istimewa pulak dengan itik...??itik ada 2kaki,kura-kura ada 4kaki..??mesti kura-kura lagi laju berbanding itik sebab itik ada 2kaki jea...hah,jom saksikan “Perlumbaan Ketiga” iaitu kura-kura  VS  itik....cewaahh,,itu pon kalo ada “Perlumbaan Ketiga”...itik...itik...korang penah tengok x itik berjalan seekor2..??aiitt..macam pelik pulak guna ‘seekor2’...itik kan haiwan,2 guna seekor... penah sebab keluarga  dia dah meninggal dunia....kan.?? turun di air,naik di darat pasti ia akan bersama dengan teman-teman yang lain...ke hulur ke hilir...ke sana ke sini mesti berteman...nape x jalan seekor2 jea..??

“ seekor kambing yang berjalan seekor2 pon dibaham oleh serigala..nie kan kita,seekor itik yang kecil lagi lemah “ jawab itik putih 1.

 betol2...disebabkan kita nie lemah tu la kita kena sentiasa bersama,kalau x senang2  je teman2 kita kena baham dengan sang pemangsa  “ tambah  itik putih 2.

“walaupun kita ini lemah,kita jangan lemahkan lagi sesama kita,malah kita menguatkan sesama kita dengan kita sentiasa bergerak bersama ” itik putih 3 memberi hujahnya.

Tidak mustahil pada suatu hari kura-kura turut akan bersama dengan teman-teman yang lain kerna terikut dengan sifat itik yang gerak bersama.

                                              -bila kura-kura turut gerak bersama,pasti akan lebih kuat-

malah tidak mustahil suatu hari nanti kura-kura akan bergabung dengan itik...

                                                           -apa yang penting,kerjasama-


Kura-kura VS itik

Setiap sesuatu kejadian itu pasti ada kelebihan...kura-kura mempunyai cengkerang yg kuat menghalang dari gigitan sang buaya...itik mempunyai kaki yang lebar lagi halus buatkan ia pantas bergerak dipermukaan air...wah..hebat gak kaki lebar nie...pasti setiap  kejadian ada hikmahnya..Subhanallah...hebatnya ciptaan Allah swt...pepatung ditiru menjadi helikopter,dolphin ditiru menjadi kapal selam,...kura2 dan itik?? Aku tiru kau,kau tiru aku..maka tirulah sifat-sifat yang telah diceritakan oleh kura-kura vs itik sebentar tadi....



                       " Lihat apa yang dikatakan,jangan lihat siapa yang katakan "


- 229,2.09am,10 Mac2012-



_Suratan Wasilah_

on Friday 2 March 2012


.....Mata bulat si comel ini seakan-akan tidak mahu lepaskan setiap bayangan alam... sepantas kenderaan bergerak,sepantas itulah matanya melihat ......

“Yaaa....Yaa tengok ape tu...???  soal ayah kepada Azkiya sambil mata ayah memerhati ‘side mirrow’ kereta yg memperlihatkan muka anaknya.

“Yaa tengok orang kat luar nun...“  jawab Azkiya yang khusyuk melihat manusia diluar sana.

“ibuuu...mereka sebenarnya nak p mana..?? ada yang jalan kaki,ada yang mengayuh basikal,ada yang menaiki bus ?? soal Azkiya kebinggungan sambil matanya masih tajam memerhati gerak laku manusia.

“  setiap manusia itu ada tujuan masing-masing sayang......ada yg berjalan kaki,mengayuh basikal,menaiki bus itu semuanya adalah “wasilah”  untuk  mencapai tujuan mereka...”jawab ibu sambil melemparkan senyuman kepada Azkiya.           


Wasilah....?????

Apakah yang dimaksudkan dengan wasilah...??

Perantaraan..??hubungan..??cara..??


Seiring didalam kehidupan kita,sedar atau tidak kita sering mengamalkan konsep wasilah....ye ke..?? Cuma kita faham atau tidak apa makna disebalik maksud yang tersurat mahupun tersirat dengan perkataan “wasilah” .

Ibnu Katsir menukilkan bahawasanya :
 “…wasilah adalah sesuatu yang digunakan untuk menghantar dalam mencapai sesuatu tujuan...”

Setiap dari kita  yang menukil coretan di blog ini pasti ingin menyatakan sesuatu perkara ataupun ingin berkongsi maklumat,berkongsi pengalaman dan sebagainya...Maka suratan blog  dipilih dalam menyatakan hasrat tersebut....bukankah begitu ?? suratan blog inilah dinamakan “wasilah” iaitu sesuatu yang digunakan untuk menghantar dalam mencapai sesuatu tujuan.


                                                                                                   -wasilah blog-

Berjalan kaki,mengayuh basikal,menaiki bus itu semua adalah wasilah dalam mencapai sesuatu tujuan....termasuk jugak kereta yang dinaiki oleh “ayah,ibu dan Azkiya”...ia turut digelar wasilah...Cuma idea dan fikiran yang berlainan bagi setiap manusia  sekaligus  membezakan  wasilah yang ingin digunakan.....


“ Sekiranya kita ingin mendirikan solat tetapi  wudu’ tiada,maka wajib mengambil wudu’
Sekiranya kita ingin mengambil  wudu’ tetapi air tiada,maka wajib mencari air
Sekiranya kita ingin mencari air tetapi tidak jumpa,maka wajib kita bertayammum
Sekiranya kita ingin bertayammum lalu debu tanah tiada,maka wajib mencari debu tanah “


                                                                            _wajib mendapatkan air sekiranya mahu solat_

Begitulah seterusnya sehingga kita dapat menunaikan kewajipan solat dengan baik.Mencari debu tanah,tayammum dan air adalah wasilah saja namun ia akan menjadi “wajib” bila mana kita ingin mendirikan sesuatu kewajipan iaitu mendirikan solat.Hendak atau tidak segala wasilah ini perlu digunakan agar kewajipan solat dapat ditunaikan.

ما لا يتمّ الواجب إلا به فهو واجب
Sesuatu yang tidak dapat disempurnakan perkara wajib melainkan dengannya,maka dia adalah wajib


Rentetan pada dunia sekarang ini,seluruh manusia tergila-gila dengan mainan dunia...mainan dunia diagung-agungkan tanpa mengetahui sama ada membawa 1001 nikmat atau kecelakaan...Pada zaman Rasulullah,macam-macam perkara yang ditawarkan oleh pihak musyrikin quraish kepada baginda....harta,perempuan,dan kuasa....mengharapkan agar dakwah islam dihentikan.....begitulah permainan dunia....boleh ditawar-menawar...

kalau boleh merangkak,maka akan merangkak sang manusia untuk mendapatkannya...
kalau boleh mengesot,maka akan mengesot sang manusia mendapatkannya....

seolah-oleh ia adalah segala-galanya.....hatta dicabar terjun dilautan berduri,pasti akan disahut....tidak lain tidak bukan itulah “kuasa” ...satu material yang digilai oleh sang manusia...

                                                                                                     -ada apa dengan kuasa ?? -

apa yang hendak dibawa atas kuasa yang ada ?? apa motif  dia ??? itu berbalik pada niat

sesungguhnya kuasa Cuma wasilah.ia tidak membawa apa-apa erti.Cuma menjadi satu kepentingan bila mana kita ingin mencapai satu tujuan.

Seandainya “kuasa” hanya untuk memenuhi kepentingan peribadi,maka celakalah dia..
Seandainya demi meneruskan dakwah islam,maka wajib mendapatkannya.

Moga diri kita diredhai oleh Allah swt atas wasilah yang diberi....
baik basikal,bus,kereta,blog,ataupun kuasa...
yang baik kita turuti,yang salah mohon ditegur...

sekian
~waallahualam~



 
© hadafuljadid All Rights Reserved