.....Mata bulat si comel ini seakan-akan
tidak mahu lepaskan setiap bayangan alam... sepantas kenderaan bergerak,sepantas
itulah matanya melihat ......
“Yaaa....Yaa tengok ape tu...??? soal ayah kepada Azkiya sambil mata ayah
memerhati ‘side mirrow’ kereta yg memperlihatkan muka anaknya.
“Yaa tengok orang kat luar nun...“ jawab Azkiya yang khusyuk melihat manusia
diluar sana.
“ibuuu...mereka sebenarnya nak p mana..??
ada yang jalan kaki,ada yang mengayuh basikal,ada yang menaiki bus ?? soal
Azkiya kebinggungan sambil matanya masih tajam memerhati gerak laku manusia.
“ setiap manusia itu ada tujuan masing-masing
sayang......ada yg berjalan kaki,mengayuh basikal,menaiki bus itu semuanya adalah
“wasilah” untuk mencapai tujuan
mereka...”jawab ibu sambil melemparkan senyuman kepada Azkiya.
Wasilah....?????
Apakah yang dimaksudkan dengan wasilah...??
Perantaraan..??hubungan..??cara..??
Seiring didalam kehidupan kita,sedar atau tidak kita sering
mengamalkan konsep wasilah....ye ke..?? Cuma kita faham atau tidak apa makna
disebalik maksud yang tersurat mahupun tersirat dengan perkataan “wasilah” .
Ibnu Katsir menukilkan bahawasanya :
“…wasilah adalah sesuatu yang
digunakan untuk menghantar dalam mencapai sesuatu tujuan...”
Setiap dari kita yang menukil
coretan di blog ini pasti ingin menyatakan sesuatu perkara ataupun ingin
berkongsi maklumat,berkongsi pengalaman dan sebagainya...Maka suratan blog dipilih dalam menyatakan hasrat tersebut....bukankah
begitu ?? suratan blog inilah dinamakan “wasilah” iaitu sesuatu yang digunakan
untuk menghantar dalam mencapai sesuatu tujuan.
-wasilah blog-
Berjalan kaki,mengayuh basikal,menaiki bus itu semua adalah
wasilah dalam mencapai sesuatu tujuan....termasuk jugak kereta yang dinaiki
oleh “ayah,ibu dan Azkiya”...ia turut digelar wasilah...Cuma idea dan fikiran
yang berlainan bagi setiap manusia sekaligus
membezakan wasilah yang ingin
digunakan.....
“ Sekiranya kita ingin
mendirikan solat tetapi wudu’ tiada,maka
wajib mengambil wudu’
Sekiranya kita ingin mengambil wudu’ tetapi air tiada,maka wajib mencari air
Sekiranya kita ingin mencari
air tetapi tidak jumpa,maka wajib kita bertayammum
Sekiranya kita ingin
bertayammum lalu debu tanah tiada,maka wajib mencari debu tanah “
Begitulah seterusnya sehingga kita dapat menunaikan kewajipan
solat dengan baik.Mencari debu tanah,tayammum dan air adalah wasilah saja namun
ia akan menjadi “wajib” bila mana kita ingin mendirikan sesuatu kewajipan iaitu
mendirikan solat.Hendak atau tidak segala wasilah ini perlu digunakan agar
kewajipan solat dapat ditunaikan.
ما لا يتمّ الواجب إلا به فهو واجب
Sesuatu yang tidak dapat disempurnakan
perkara wajib melainkan dengannya,maka dia adalah wajib
Rentetan pada dunia sekarang ini,seluruh manusia tergila-gila
dengan mainan dunia...mainan dunia diagung-agungkan tanpa mengetahui sama ada
membawa 1001 nikmat atau kecelakaan...Pada zaman Rasulullah,macam-macam perkara
yang ditawarkan oleh pihak musyrikin quraish kepada baginda....harta,perempuan,dan
kuasa....mengharapkan agar dakwah islam dihentikan.....begitulah permainan
dunia....boleh ditawar-menawar...
kalau boleh merangkak,maka akan
merangkak sang manusia untuk mendapatkannya...
kalau boleh mengesot,maka akan
mengesot sang manusia mendapatkannya....
seolah-oleh ia adalah segala-galanya.....hatta dicabar terjun
dilautan berduri,pasti akan disahut....tidak lain tidak bukan itulah “kuasa”
...satu material yang digilai oleh sang manusia...
-ada apa dengan kuasa ?? -
apa yang hendak dibawa atas kuasa yang ada ?? apa motif dia ??? itu berbalik pada niat
sesungguhnya kuasa Cuma wasilah.ia tidak membawa apa-apa erti.Cuma
menjadi satu kepentingan bila mana kita ingin mencapai satu tujuan.
Seandainya “kuasa” hanya untuk memenuhi kepentingan peribadi,maka
celakalah dia..
Seandainya demi meneruskan dakwah islam,maka wajib mendapatkannya.
Moga diri kita diredhai oleh Allah swt atas wasilah yang
diberi....
baik basikal,bus,kereta,blog,ataupun kuasa...
yang baik kita turuti,yang salah mohon ditegur...
sekian
~waallahualam~
{ 8 comments... read them below or add one }
yups
pasti ada tujuan :-)
2 March 2012 at 17:18
yeaa..sememangnya ada tujuan :)
moga wasilah ini memberi faedah kepada kita semua
2 March 2012 at 19:02
wasilah berbeza mnimbulkan perspektif yg berbeza akhirnya yang muncul perbalahan...
2 March 2012 at 20:29
ada yang p sekolah naik basikal,ada yang naik bus..
walaupun wasilah berbeza,tp destinasi tetap sama..
maka cari titik persamaan :)
2 March 2012 at 21:47
jazakallah. menarik. ni bukti dakwah itu mudah. pada segala benda, kena tempat, kena cara, kena niat, jadilah dakwah :)
boleh tanya, konsep
"Sesuatu yang tidak dapat disempurnakan perkara wajib melainkan dengannya, maka dia adalah wajib."
ni hadis ke?
18 May 2012 at 23:28
afwan..insyaallah..dakwah akan lebih mudah bila kita bergerak bersama sahabat2 yg lain (berjemaah).. bangunan x akan terbina tanpa satu kumpulan yg dirikannya
ini kaedaf fiqh..boleh lihat disini :
http://vb.noor-alyaqeen.com/t14476/
- فهو واجب، ومثل: الطهارة للصلاة؛ فإنه لا يتم الواجب، والصلاة إلا بها -
waallahualam
18 May 2012 at 23:59
Masha Allah.
jazakallahukhair ya akhi :)
ana pun ada baca kaedah ni dalam satu kitab fiqh dakwah dan amal jama'ie.
cuma tak tahu pun sama ada hadis atau ijtima'
WASALAM ALAIK =)
19 May 2012 at 00:03
la syukran ala wajib =)
"ilmu itu tumpang-menumpang" -tok guru nik aziz
kita saling berkongsi ilmu
mohon tegur andai ada salah silap...
salam ukhuwah ^^
19 May 2012 at 00:11
Post a Comment