Alhamdulillah
Home > Archives for 2013
AKU TERIMA NIKAHNYA
Posted by Angah 29 on Thursday 20 June 2013 at 7:12 am
Alhamdulillah
Suratan
yang telah termaktub didalam kehidupanku
Kita
merancang,Allah turut merancang
Aku
percaya
Ini
adalah terbaik buatku
Bersama
dengan 'kekasih hati' adalah satu impian
Apatah
lagi bila bersama membina Istana mahligai
Merancang,berusaha
dan bertawakal
Akhirnya,Allah
temukan kami
Mudah-mudahan
semua berjalan dengan lancar
Jemput
sahabat-sahabat menghadiri majlis 'kami'
Tidak
lama dah
Segala
'persiapan' sedang diatur
Didalamnya penuh dengan kenikmatan
dan keberkatan
Baik
'orang biasa' atau 'orang yang luar biasa'
Anda
semua dijemput hadir
Jom bersama
perkukuhkan diri dengan ibadah yang mantap
Bawakan hati dalam setiap amalan
Cuba istiqamahkan dalam setiap
perbuatan
Biar amalan yang simple,tapi ia
terus dilakukan
Senyum x perlu kata apa-apa senyum
^_________^
INGAT!!
Semua dijemput hadir
21 Syaaban 1434H
Road-2-Ramadhan
PALESTINA !!!
Posted by Angah 29 on Friday 7 June 2013 at 11:24 pm
Apakah kita cakna ?
Disini….
Tiada pergaduhan
Tiada perbalahan
Tiada peperangan
Aman dan damai
Tiada limpahan darah
Tiada tangisan kanak-kanak
Tiada peluru dan roket didepan mata
NAMUN !!
Disana…
Semua berlaku didepan mata
Ia Realiti bukan fantasi
Peperangan seperti tayangan biasa
Peluru bertaburan di jalan raya
Letupan kedengaran disetiap pelusuk tempat
Lautan darah membasahi tanah mereka
Tiada senyuman dibibir mereka
Tiada masa untuk bergembira dan berseronok
Kehidupan dipagari dengan kekejaman zionis
laknatullah
Berjuang !!!
Iman dan Roh Islam yang tinggi mereka gah
berdiri
Bangkit memperjuangkan Tanah Islam dari
dijajah
Berjuang dan KEKAL Berjuang….
Kami di Malaysia
Mereka di Palestin
Dua tempat yang berbeza
Kerana iman dan islam
Kita bersama
KAMU
PALESTINA TERCINTA
HOMESTAY IPOH PERAK
Posted by Angah 29 on Wednesday 5 June 2013 at 11:01 pm
PROMOSI HEBAT !!!
- HOMESTAY
SILVER SEVEN -
ALAMAT :NO. 2 JALAN
ROKAM SUNGAI ROKAM
POSKOD : 31350
BANDAR : IPOH
NEGERI : PERAK.
BANDAR : IPOH
NEGERI : PERAK.
KEADAAN HOMESTAY :
·
BANGLO 3 TINGKAT
·
5 BILIK TIDUR
·
3 BILIK AIR
·
DAPUR
·
RUANG TAMU
·
HALAMAN RUMAH
ASET DIDALAM HOMESTAY :
·
2 AIR-COND
·
1 PETI AIS
·
1 PEMANAS AIR
·
1 MICROWAVE
·
2 TELEVISYEN
PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN (PERCUMA) :
·
AIR MINERAL CUP
·
TEH DAN COFFEE
TEMPAT-TEMPAT YANG BERDEKATAN DENGAN
HOMESTAY :
·
MASJID
·
KFC
·
MCD
·
PIZZA HUT
·
KEDAI RUNCIT
·
KEDAI MAKAN
·
BALAI POLIS SG. RAPAT
·
MEGOPLEX
·
BILLION
·
STESEN MINYAK PETRONAS
·
BANK ( CIMB , MAYBANK, BSN )
LAMPIRAN :
HOMESTAY SILVER SEVEN
#Bertapak di Ipoh,Perak
#Di Perumahan Kg Sg Rokam
# Berhadapan Stesen Bus 'lama' Medan Gopeng
#Bersebelahan simpang empat masuk ke Kg Sg Rokam,
HALAMAN HOMESTAY
1 & 2 : Kawasan hadapan rumah
3 : Kawasan tepi rumah
4 : Kawasan belakang rumah
BILIK DIDALAM HOMESTAY
1 : Dua katil Single + kipas + tandas bergabung dengan bilik No. 2
2 : Dua katil Single + 1 air-cond + almari baju + meja solek + tandas bergabung dengan bilik No. 1
3 : Dua katil Single + kipas + almari baju.
4 : Dua katil Single + kipas + almari baju.
5 : Masterbedroom + 1 air-cond + tandas + almari baju + meja solek.
RUANG TAMU |
DAPUR DAN RUANG MAKAN |
HARGA SEWA : 450 SEMALAM
BUTIRAN LANJUT SILA HUBUNGI :
· HAJAH HAYATI BINTI HJ. JOHARI ( 013-5202703 )
· HJ. ALIMAR SHIDI BIN HASHIM ( 016-5413951 )
*Jangan lepaskan peluang keemasan ini.Pilihan ditangan anda.Kami sedia membantu.
CEGAH BUKAN MENGUBATI
Posted by Angah 29 on Wednesday 29 May 2013 at 12:02 am
CEGAH BUKAN MENGUBATI
Simple is Clear.
Ayat yang mudah dan senang untuk difahami
tetapi tidak mudah untuk diaplikasikan didalam kehidupan.Hanya satu rangkap
perkataan meninggalkan satu teguran menusuk dikalbu.
Apakah yang sebenarnya
dimaksudkan dengan seungkap kata ‘cegah bukan mengubati’.
Meritokrasi ini manusia lebih suka mencari
ubat untuk menyembuhkan sesuatu penyakit berbanding mencegah dari datangnya
penyakit.Manusia gemar menghabiskan berjuta ringgit mendapatkan sebutir ubat ditengah
benua Eropah berbanding berada dikampung hanya memakan seikat sayur bayam dan minum
segelas air madu.Tidak perlu menempah tiket kapal terbang untuk menyelusur di
awanan dek mahu membeli ubat mujarab tetapi cukup hanya bercucuk tanam
sayur-sayuran dan mengambil madu sebagai minuman.Mudahkan? Namun,tidak semua
cakna dan mengambil perihal ini.
Cegah bukan mengubati !!
Malaysiakini
Seluruh rakyat tidak kira
tua,muda,remaja,pelajar,kanak-kanak,dan bayi tiba-tiba mengganas cuba
menjatuhkan kerajaan yang sedia ada tanpa wujud kekesalan diriak muka
mereka.Mereka dengan bangga tanpa serba salah turun ke jalanan dan mengadakan
himpunan haram tanpa pengesahan permit atau lesen dari pihak
berkaitan.Undang-undang dan peraturan rakus dibaling ke dalam bangkul sampah tanpa menghiraukan apakah kesannya.Hasilnya
penangkapan besar-besaran dikenakan kepada mereka.Selesai……...
Namun!!!
Adakah kamu kaji kenapa mereka turun ke
jalanan? Mengapa mereka sanggup melanggar peraturan yang sedia ada? Berani
mengambil risiko yang akan dikenakan keatas diri mereka ? Tidak takut dihumban
ke dalam lokap,Tidak cuak diancam pisau,Tidak gentar dibawa ke tali gantung.
Mengapa ?
Kamu cuba mencari ubat tetapi tidak cuba
untuk mencari punca untuk mencegahnya.
Cegah bukan mengubati !!
Rakyat jelata yakni Cina,India,dan Melayu
bersatu menyatakan hasrat yang sama iaitu menuntut KEADILAN YANG BERSIH ( if
you know what I mean).Mereka tidak akan sengaja mencari anak kunci lokap
memandangkan ada SATU SEBAB yang menyebabkan mereka berani mendapatkan anak kunci
tersebut untuk masuk ke dalam lokap.Ya,bila wujud tujuan yang sama akan
terhasil perpaduan yang kukuh.Bersaksikan kesatuan maka mereka sehati sejiwa
turun ke jalanan dan himpunan demi mengharapkan suara mereka didengari oleh
kerajaan yang sedia ada. Bukan hasutan,Bukan celaan,Bukan penghinaa tetapi
adalah satu harapan yang suci lagi tulus agar Keadilan tertegak di Negara ini.
Sistem Demokrasi yang adil akan membawa keamanan
dan kesejahteraan rakyat setempat.Masyarakat akan saling bertolenrasi dengan
baik tanpa wujud persengketaan antara perkauman baik Cina,India, dan Melayu.Cegah
sebelum terlambat.Tidak lokap dicari tapi keadilan yang diratapi.
Cegah Bukan Mengubati !!
”Dari Ibnu Umar r.a sabda Rasulullah SAW :
Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu sekelian akan ditanya perihal kepimpinan
kamu. Seorang Imam (ketua) adalah pemimpin dan dia akan ditanya mengenai
kepimpinannya. Seorang lelaki adalah pemimpin keluarganya dan dia akan ditanya
mengenai kepimpinannya. Isteri adalah pemimpin dalam rumahtangga suaminya dan
dia akan ditanya mengenai tanggungjawab kepimpinannya. Seorang pembantu adalah
pemimpin harta majikan dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Seorang
anak adalah pemimpin harta bapanya dan dia bertanggungjawab mengenai
kepimpinannya. Maka setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya
mengenai kepimpinannya. (Diriwayatkan oleh :Al-Bukhari dan Muslim).
Sekian,Salam Perubahan.
29 Mei 2013 / 19 Rejab 1434H
Adik - Beradik
Posted by Angah 29 on Sunday 26 May 2013 at 5:38 pm
بسم لله الرحمن الرحيم
ADIK-BERADIK
Hanya ini yang mampu ku ungkapkan betapa
indahnya pertemuan kami sehingga digelarkan adik-beradik.Pertemuan yang telah
diaturkan oleh Allah swt mendatangkan sesuatu memori yang indah.Tidak ia
dirancang tidak pula disangkakan.
Sejarah baru telah tercatat bertapaknya di
Universiti Malaya,Kuala Lumpur.Disini aku bertemu dengan DUA FAMILY yang
aku kira amat bermakna bagiku.Seakan adik-beradik.Ya,seakan adik-beradik.Walaupun
sudah mempunyai adik-beradik kandung yang sebenar seperti DIA mahu tunjukkan
bahawasanya adik-beradik bukan hanya wujud didalam sebuah keluarga tetapi turut
didalam sebuah “ PERSATUAN ”.
Firman Allah bermaksud:
"Hai manusia, sesungguhnya Kami
menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan
kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal.
Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang
yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha
Mengenali". Surah al.Hujurat (13)
1) AKU DAN PMIUM ( Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya)
2) AKU DAN GAYONG UM (Silat Seni Gayong Universiti Malaya)
Mereka seumpama adik-beradikku.Tawa riang suka duka
semua bersama.Cubit peha kiri terasa peha kanan.Terguris luka ditangan terasa
sampai ke hati.Ukhuwah tidak terbina dengan sendiri tetapi perlu diselusuri
dalam bergerak kerja.Keeratan persahabatan akan terhasil bila berlatih dan
jatuh bangun bersama.Walau kita berbeza bangsa dan suku tetapi kita telah
ditemukan disebuah tempat yang sama.
Seorang ayah bertanggungjawab menjaga perihal keluarganya,
Seorang ibu bertanggungjawab menjaga makan minum
keluarganya,
Seorang kakak dan abang bertanggungjawab perihal
adiknya.
Kadang-kadang berbelah bahagi untuk tentukan keutamaan
diantara dua adik-beradik.Jasad hanya satu untuk dibelah kepada dua. Bolehkah?
“ Sekiranya kita tidak sibukkan diri didalam
perkara yang bermanfaat maka kita akan disibukkan dengan perkara yang sia-sia ”
Alhamdulillah,kita masih berada dilandasan yang
bermanfaat.Tidak disibukkan dengan perkara yang sia-sia.Masing-masing membawa
cara dan langkah yang tersendiri.Hakikatnya,kita adalah seorang
pekebun.Bercucuk tanam didunia dan menuai hasil diakhirat.
Di dunia menuai kebaikan,
Di akhirat menuai keredhaan,
Di sini tempat berkerja memerah tenaga,
Di sana tempat berehat menikmati syurga.
( Ustaz Pahrol Juai)
Memberi fokus dalam dua perkara menjadi cabaran dan
pengalaman buatku.Maaf kerana kurang komitmen diantara Dua Family.Sesungguhnya,Aku
bertanggungjawab menjaga adik-beradikku.Sirru ala barakatillah.
Salam Mahabbah
26 Mei 2013 / 16 Rejab 1434H
Qasidah Sollu 'ala khairil anam
Posted by Angah 29 on Monday 4 February 2013 at 9:42 pm
صلوا على خير الأنام المصطفى بدر التمام
صلوا عليه وسلموا يشفع لنا يوم الزحام
صلوا على خير الأنام المصطفى بدر التمام
صلوا عليه وسلموا يشفع لنا يوم الزحام
Cinta
Posted by Angah 29 on Sunday 3 February 2013 at 11:12 pm
Beruntunglah kerana ada
yang mencintai.
Beruntunglah engkau kerana ada yang masih
mencintai.Engkau sering dibelai dengan penuh kasih sayang.Ditatang minyak yang
penuh.Setitis tangisan tidak dibenarkan jatuh dialiran pipi.Sekumit luka tidak
dibenarkan wujud dikulit badan.Beruntunglah masih Ada yang ingin mengambil berat
terhadap engkau.
Awak sudah makan ?
Akak buat ape tu ? hati-hati ye
Apa-apa masalah terus terang dengan ibu,jangan sembunyi-sembunyi
Abang cakap macam nie sebab abang sayang dekat adik
Tapi,
Adakah
anda hargai segala kasih sayang ini?
Beruntunglah kerana ada
yang mencintai.
Aku seronok melihat engkau disamping orang
yang tersayang.Ada abah,ibu,tok,tok wan,abang,akak,dan adik.Kadang-kadang hati
aku meronta mengapa Allah jadikan aku sebegini.Kehidupan aku malap dari kasih sayang mereka yang digelar ibu dan ayah.Aku dahagakan kasih sayang dari
mereka.Kalau ditawarkan segunung emas dan secawan kasih sayang Pasti aku menghirup
kasih sayang itu sepuas-puasnya.Setitis pon tidak aku izinkan jatuh dari bibir
mulut.
Tetapi aku heran mengapa manusia disana seoleh-oleh
kasih sayang yang diberikan langsung tidak dihargai.Mungkin silap sebab sering
kali bersua,mungkin silap sering kali bertanya khabar,mungkin silap kerana
sentiasa diberi perhatian,mungkin silap kerana sering kali dibelai dengan penuh
kasih sayang.
Beruntunglah kerana Ada
yang mencintai.
Kasih sayang ibarat sebuah handphone.Semua
sedia maklum Handphone adalah keperluan bagi setiap manusia.Hatta rumah sekecil
pondok,dipoket seluar pasti terseletnya sebuah handphone baik Nokia,Samsung,atau
Sony.Handphone sentiasa berada disisi dan berhampiran dengan kita.Sentiasa
dipegang,digunakan,dan dibawa kemana sahaja.Ia dekat dan berhampiran dengan
kita.Dekat sangat-sangat.
Natijahnya,Lama-kelamaan ia akan dianggap seperti bahan biasa yang tidak bernilai.Pada awal pembelian ia dibelai dan digilap,tetapi apabila sudah lama digunakan ia dicampak dan dilontarkan sahaja diatas katil.Mana tidaknya,ia dianggap seperti biasa.Nahhh,apabila hancur berkecai bahan yang dianggap seperti biasa ini barulah kekesalan dan penyesalan akan wujud diriak muka.
Natijahnya,Lama-kelamaan ia akan dianggap seperti bahan biasa yang tidak bernilai.Pada awal pembelian ia dibelai dan digilap,tetapi apabila sudah lama digunakan ia dicampak dan dilontarkan sahaja diatas katil.Mana tidaknya,ia dianggap seperti biasa.Nahhh,apabila hancur berkecai bahan yang dianggap seperti biasa ini barulah kekesalan dan penyesalan akan wujud diriak muka.
Beruntunglah kerana Ada
yang mencintai.
Aku teringinkan seorang Abang
Walau apa yang berlaku,Aku bersyukur pada
Allah masih memberi ruang dan peluang untuk aku meneruskan kehidupan.Aku
percaya setiap percaturan yang diaturkan oleh Allah adalah terbaik untuk
hambanya.Setiap yang berlaku adanya hikmah.Setiap hikmah wajib membawa kesan
baik.Aku percaya dengan ketentuan Allah.
Walau umurku hanya setahun jagung ,kulitku
yang hitam manis,badanku yang kecil dan tegap,aku seronok berada disamping
saudara-maraku yang aku anggap seperti adik beradik ku sendiri.Disini ada
ibu,ayah,pak cik,akak,abang,dan ustaz Syukri Shidi.Berada bersama mereka sudah
cukup bagiku untuk merasai kasih sayang.Di Rumah Anak Yatim Trong telah temukan
aku dengan mereka.
Beruntunglah kerana ada yang mencintai.
Hargailah kasih sayang
sementara mereka masih ada.
Yang dicintai,
Muhammad Al-fateh
30.1.2013
Trong