CEGAH BUKAN MENGUBATI

on Wednesday 29 May 2013


CEGAH BUKAN MENGUBATI

Simple is Clear.
Ayat yang mudah dan senang untuk difahami tetapi tidak mudah untuk diaplikasikan didalam kehidupan.Hanya satu rangkap perkataan meninggalkan satu teguran menusuk dikalbu.
Apakah yang sebenarnya dimaksudkan dengan seungkap kata ‘cegah bukan mengubati’.

Meritokrasi ini manusia lebih suka mencari ubat untuk menyembuhkan sesuatu penyakit berbanding mencegah dari datangnya penyakit.Manusia gemar menghabiskan berjuta ringgit mendapatkan sebutir ubat ditengah benua Eropah berbanding berada dikampung hanya memakan seikat sayur bayam dan minum segelas air madu.Tidak perlu menempah tiket kapal terbang untuk menyelusur di awanan dek mahu membeli ubat mujarab tetapi cukup hanya bercucuk tanam sayur-sayuran dan mengambil madu sebagai minuman.Mudahkan? Namun,tidak semua cakna dan mengambil perihal ini.

Cegah bukan mengubati !!

Malaysiakini
Seluruh rakyat tidak kira tua,muda,remaja,pelajar,kanak-kanak,dan bayi tiba-tiba mengganas cuba menjatuhkan kerajaan yang sedia ada tanpa wujud kekesalan diriak muka mereka.Mereka dengan bangga tanpa serba salah turun ke jalanan dan mengadakan himpunan haram tanpa pengesahan permit atau lesen dari pihak berkaitan.Undang-undang dan peraturan rakus dibaling ke dalam bangkul sampah  tanpa menghiraukan apakah kesannya.Hasilnya penangkapan besar-besaran dikenakan kepada mereka.Selesai……...

Namun!!!
Adakah kamu kaji kenapa mereka turun ke jalanan? Mengapa mereka sanggup melanggar peraturan yang sedia ada? Berani mengambil risiko yang akan dikenakan keatas diri mereka ? Tidak takut dihumban ke dalam lokap,Tidak cuak diancam pisau,Tidak gentar dibawa ke tali gantung. Mengapa ?
Kamu cuba mencari ubat tetapi tidak cuba untuk mencari punca untuk mencegahnya.

Cegah bukan mengubati !!

Rakyat jelata yakni Cina,India,dan Melayu bersatu menyatakan hasrat yang sama iaitu menuntut KEADILAN YANG BERSIH ( if you know what I mean).Mereka tidak akan sengaja mencari anak kunci lokap memandangkan ada SATU SEBAB yang menyebabkan mereka berani mendapatkan anak kunci tersebut untuk masuk ke dalam lokap.Ya,bila wujud tujuan yang sama akan terhasil perpaduan yang kukuh.Bersaksikan kesatuan maka mereka sehati sejiwa turun ke jalanan dan himpunan demi mengharapkan suara mereka didengari oleh kerajaan yang sedia ada. Bukan hasutan,Bukan celaan,Bukan penghinaa tetapi adalah satu harapan yang suci lagi tulus agar Keadilan tertegak di Negara ini.

Sistem Demokrasi yang adil akan membawa keamanan dan kesejahteraan rakyat setempat.Masyarakat akan saling bertolenrasi dengan baik tanpa wujud persengketaan antara perkauman baik Cina,India, dan Melayu.Cegah sebelum terlambat.Tidak lokap dicari tapi keadilan yang diratapi.

Cegah Bukan Mengubati !!

”Dari Ibnu Umar r.a sabda Rasulullah SAW : Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu sekelian akan ditanya perihal kepimpinan kamu. Seorang Imam (ketua) adalah pemimpin dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Seorang lelaki adalah pemimpin keluarganya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Isteri adalah pemimpin dalam rumahtangga suaminya dan dia akan ditanya mengenai tanggungjawab kepimpinannya. Seorang pembantu adalah pemimpin harta majikan dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Seorang anak adalah pemimpin harta bapanya dan dia bertanggungjawab mengenai kepimpinannya. Maka setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. (Diriwayatkan oleh :Al-Bukhari dan Muslim).




Sekian,Salam Perubahan.
29 Mei 2013 / 19 Rejab 1434H




Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© hadafuljadid All Rights Reserved