Adik - Beradik

on Sunday 26 May 2013


بسم لله الرحمن الرحيم

ADIK-BERADIK

Hanya ini yang mampu ku ungkapkan betapa indahnya pertemuan kami sehingga digelarkan adik-beradik.Pertemuan yang telah diaturkan oleh Allah swt mendatangkan sesuatu memori yang indah.Tidak ia dirancang tidak pula disangkakan.

Sejarah baru telah tercatat bertapaknya di Universiti Malaya,Kuala Lumpur.Disini aku bertemu dengan DUA FAMILY yang aku kira amat bermakna bagiku.Seakan adik-beradik.Ya,seakan adik-beradik.Walaupun sudah mempunyai adik-beradik kandung yang sebenar seperti DIA mahu tunjukkan bahawasanya adik-beradik bukan hanya wujud didalam sebuah keluarga tetapi turut didalam sebuah “ PERSATUAN ”.

Firman Allah bermaksud:
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenali". Surah al.Hujurat (13)

1)    AKU DAN PMIUM ( Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya)


2)    AKU DAN GAYONG UM (Silat Seni Gayong Universiti Malaya)




Mereka seumpama adik-beradikku.Tawa riang suka duka semua bersama.Cubit peha kiri terasa peha kanan.Terguris luka ditangan terasa sampai ke hati.Ukhuwah tidak terbina dengan sendiri tetapi perlu diselusuri dalam bergerak kerja.Keeratan persahabatan akan terhasil bila berlatih dan jatuh bangun bersama.Walau kita berbeza bangsa dan suku tetapi kita telah ditemukan disebuah tempat yang sama.

Seorang ayah bertanggungjawab menjaga perihal keluarganya,
Seorang ibu bertanggungjawab menjaga makan minum keluarganya,
Seorang kakak dan abang bertanggungjawab perihal adiknya.

Kadang-kadang berbelah bahagi untuk tentukan keutamaan diantara dua adik-beradik.Jasad hanya satu untuk dibelah kepada dua. Bolehkah?

“ Sekiranya kita tidak sibukkan diri didalam perkara yang bermanfaat maka kita akan disibukkan dengan perkara yang sia-sia ”

Alhamdulillah,kita masih berada dilandasan yang bermanfaat.Tidak disibukkan dengan perkara yang sia-sia.Masing-masing membawa cara dan langkah yang tersendiri.Hakikatnya,kita adalah seorang pekebun.Bercucuk tanam didunia dan menuai hasil diakhirat. 

Di dunia menuai kebaikan,
Di akhirat menuai keredhaan,
Di sini tempat berkerja memerah tenaga,
Di sana tempat berehat menikmati syurga.
( Ustaz Pahrol Juai)

Memberi fokus dalam dua perkara menjadi cabaran dan pengalaman buatku.Maaf kerana kurang komitmen diantara Dua Family.Sesungguhnya,Aku bertanggungjawab menjaga adik-beradikku.Sirru ala barakatillah.



Salam Mahabbah
26 Mei 2013 / 16 Rejab 1434H






Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© hadafuljadid All Rights Reserved