aku cintakan kau

on Friday 10 August 2012



Jangan,jangan aku masih perlukan kau lagi
Tolong jangan tinggalkan aku
Cukuplah sebelum ini kau pergi,
Kali ini aku tidak mahu berpisah dengan kau
Aku perlukan kau
Aku mahu kau sentiasa disisi
Kekal dihati
kali ini aku x akan persiakan kau
Ketahuilah

Bahawa

AKU CINtAKAN KAU


-RAMADHAN KAREEM-



Ra        :   Haha,okey paham dah...jangan nak jiwang sangat la beb,awat tiba-tiba melamun buat ayat jiwang nie...haha


Ma       :   Ayat x nak kalah nohhh..tapi kan,macam terkesan pulak..atter nada nie yang selalu send kat pakwe makwe...opzzz,kantoi sudah


 Dhan  :  Dah,dah... jangan nak merapu. Ini sekadar tarikan.Bagi hampa semua sedaq cikit.Kita lani kat mana bulan mana.Sedar x Aidilfitri bakal menjelma ? bermakna 1 Syawal akan hadir  x lama lagi.


Ra        : Wallaweyyyyy,nak raye beb.Jom esok p shoppping..haha..sape nak join aku ?


Ma       : Errrrr........ terus nampak shopping hang nie..apodaaa... Syawal menjelma bermakna Ramadhan akan berakhir.


Dhan   : Esok nak raya malam nie kita p shopping noh ( sempat kot,kalo nak tahu  time nie banyak dapat diskaun...jeng3) Kita masih punyai seminggu untuk bersama dengan Ramadhan.Tak tahu dapat bertemu lagi atau tidak.Kan,kan,kan...


SO,Tunggu ape lagi.




JOM BERJUANG SEHINGGA NAFAS TERAKHIR !!!







********* KU CINTAKAN RAMADHAN***********



Sedar atau x nak sedar kita sekarang  sudah menjejak kaki dalam 10 hari terakhir Ramadhan.Ohhh,serius sangat sekejap.Bagaimana hari-hari sebelum ini? ape khabar amalan kita selama tiga minggu yang lalu? Mengharapkan segalanya diterima oleh Allah.InsyaAllah.


Mungkin sebelum ini kita berdarab bahagi nak join tadarus al-quran ke x ?


Perlu ke dirikan solat rawattib ?


Ehhh, tahjud nak kena buat ke..adehhh.ngantuk kot..


Nak bersedekah jugak ke..sebelum ini kan selalu bagi RM1 setiap Jumaat.Empat kali Jumaat dah dapat RM4 sebulan.


Orang tua tu boleh lintas jalan sendiri,x perlu pimpin


Oh,sungguh banyak putaran soalan.Sangat sukar untuk mencari seribu satu sebab namun jalan penyelesaian sangat mudah dengan cara lakukan segala amalan ini.Tidak perlu nak berStatistics atau berAlgebra Expression29 cukup sekadar mengerakkan kaki,tangan,jari,mulut untuk beribadah kepada Allah.


DaripadaNya kita dijadikan dan kepadaNya kita dikembalikan.Allah....



Rasulullah SAW sendiri memperbanyakkan  ibadah pada malam 10 yang terakhir melebihi daripada malam-malam sebelumnya. Aisyah ra berkata; “Rasulullah SAW apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan,  baginda menghidupkan malam (dengan ibadah), mengejutkan keluarganya (bangun  beribadah), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (tidak mencampuri)  
isteri-isterinya”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)



Tadarus Al-quran
Berqiamulail
Zikrullah
Bersedekah
Dirikan solat-solat sunat


Luar biasakan amalan-amalan yang biasa ini.Boleh jadi amalan alah biasa ini akan dihitung oleh 
Allah.InsyaAllah.


Moga  kita  bersama perolehi  hadiah yang sangat istimewa dalam bulan Ramadhan ini.


iaitu


LAILATUL QADAR




Daripada Aisyah r.a., katanya: "Saya bertanya, "Ya Rasulullah, jika saya tahu bila lailatul-qadar itu, apakah yang harus saya ucapkan pada malam itu ?" Nabi s.a.w. menjawab: "Berdoalah, "Allahumma innaka ‘afu wun tuhibbul ‘afwa fa’ fu ‘anni" (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah aku). (HR Tirmidzi)










Selamat berjuang
The Final Countdown
 10 Ogos 2012 / 21 Ramadhan 1433







Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© hadafuljadid All Rights Reserved