Basuh Baru Bersih ( 3B )

on Wednesday 29 August 2012



Langit petang yang bersuramkan angin sepoi-sepoi bahasa tiba-tiba diriku terrajin untuk membasuh motor  kesayanganku.Kesian pulak aku melihat motor yang kian berhabuk dek kerap sekali keluar bergerak menjelajah ke merata tempat.Bukan p mana pon,dok kalot menyelesaikan borang-borang kemasukan ke universiti.Hutang pengajian, yuran pendaftaran,pengesahan dari penghulu kampung, minta sumbangan dan tajaan.Aii,biasa la kan, nak masuk ke universiti.Minta tajaan dan sumbangan dah menjadi lumrah bagi golongan mahasiswa dan mahasiswi bagi membayai segala wang perbelanjaan sewaktu di ‘U’  kelak.Alhamdulillah,sekiranya kita terima pelbagai tajaan, namun jangan sedih sekiranya kita tidak terima kerna Pasti Allah akan menggantikannya dengan yang lebih bernilai.Mungkin kejayaan kita kelak,Insyaallah.


Namun,aku tidak terlalu mengharapkan hasil sumbangan ini semata-mata,apetah lagi wang dari ibuabah,aku lebih suka berdikari mencari wang sendiri.Wallaweyy,nampak sangat poyo.. Buuuu,namun disebalik langkah kaki bergerak akan mengajar kita menjadi lebih dewasa.Mengenali segala ragam manusia,menjumpai pelbagai karenah manusia dan pasti kau akan pelajari sesuatu atas apa yang kau temui.Disebalik menolong ibuabah di ‘Food court’ Megoplex aku turut menjadi seorang pengajar diSekolah Tahfiz Lenggong.Sememang pengetuanya tidak asing bagiku.Beliau adalah insan yang paling aku rapat di sekolah izzudin shah,ipoh sewaktu ketika dahulu.Ustaz Faiz Rafaai.


“Satu amalan yang ustaz sering lakukan apabila bertemu dengan guru lama ustaz,ustaz akan bersalaman dan cium tangan guru ustaz  tanda ustaz hormat dan sayang  guru ustaz ”- ustaz faiz Rafaai.


Kata-kata ini aku sematkan dalam hati dan aku cuba praktikkan sampai sekarang.Insyaallah


Malah beliau turut memberi sepenuh kepercayaan kepadaku untuk mengondak satu  Progrem Kepimpinan  bagi anak muridnya.Alhamdulillah,tiba-tiba hatiku terdetik untuk menubuhkan satu kumpulan  yang diberi nama Consultant Ribbiyyun (CR).Cuma satu harapan aku agar wasilah ini memudahkan lagi aku dan sahabat-sahabat untuk turun bersama adik-adik bagi berkongsi ilmu dan serba sedikit pengalaman yang ada.


-Sekiranya kita ingin melihat kejayaan diakhir kelak maka lihat air sewaktu dipuncak gunung,sekiranya air  itu  mengalir  dengan jernih maka diakhirnya akan turut jernih, namun apa yang   berlaku sebaliknya maka diakhirnya akan turut sama berlaku- khair alimar shidi


Maka,didiklah dari tapak asas iaitu dari seusia kecil lagi.Terapkan asas-asas agama,kepentingan agama,keperluan agama didalam diri.Bila akar pertumbahan sudah kuat sekaligus dahan dan ranting  pohon turut menjadi kuat  secara tidak langsung akan  menghasilkan  buah yang ranum untuk dinikmati oleh sekelian alam.


Ehhh... lupa pulak kisah motor tadi...-Basuh Baru Bersih (3B)- 



Yeaaaa,aku membasuh dan mencuci motorku dengan penuh kasih sayang seperti aku mengusap manja anak kucing Si Somey..Okey,nie tipu je.. Motosikal Wave110  ‘AHH2609’ akan menjadi sahabat baikku di Universiti Malaya(UM)  dan akan menginap di Kolej Bestari atau nama  famousnya   Kolej Kediaman 4 (KK4).Tumpuan aku lebih kepada tang berhabuk,berpasir,dan berminyak.Tang nie yang jenuh nak ditenyeh.Sedang khusyuk menenyeh,hati mengundah terasa dan fikiran terbayang-bayang maka disini terilham untuk beraksi  semula meninta di blog.Waahhh,ayat x nak kalah.


Kadang-kadang hati kita mesti dibasuh seperti kita membasuh motor.Kalau sekadar membasuh ‘bodypart motor’ ia hanya memberi kecantikan dan kehenseman diluaran sahaja.Dalaman tidak.Sebab itu minyak hitam perlu ditukar semula,enjin motor perlu diisi ,angin tayar perlu dlilihat,plug mesti ditukar sebelum mengalami kerosakan dan ini semuanya soal dalaman.Sekiranya dalaman rosak,luaran akan mengalami nasib yang sama.Mungkin sewaktu sedang khusyuk membonceng motor tiba-tiba tayar motor anda meletop dan anda terpelanting ke hadapan sambil menggayakan aksi supermen.Woo,Nauzubillahminzalik

“Ingatlah sesungguhnya di dalam jasad manusia itu ada seketul darah, jika ia baik, maka 
baiklah jasad. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Itulah dia hati.” (Riwayat Bukhari)


Harus bagi setiap manusia membersihkan diri.Menggunakan shampoo badan berjenama Protex,shampoo rambut Sunsilk,dan ubat gigi berjenama Kodomolion pasti menjadi pilihan anda. Semuanya perfect diluaran,tapi jangan lupa bersihkan sama belah dalaman iaitu hati.Tidak perlukan Detol,Daya,Breeze, cukup dengan zikrullah (Mengingati Allah).


Firman Allah, "Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah dengan menyebut nama Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang." (Al-Ahzab 41-42)

Firman Allah: "Iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram." (Surah ar-Ra'd, ayat 28)


**************************************


Tangan masih menggilap sightmirror motor.Hati kian bermonolog.

“ Kan lagi bagos andai aku turut dicuci seperti engkau menyuci motor ini “.

Hahh..memang terasa.

Cukup sekadar sedikit perkongsian bersama.

Moga Allah meredhai setiap gerak langkah kita walau kemana kita tuju dan yang pasti apa sahaja yang berlaku dan apa yang ingin kita lakukan sentiasa ingat kata-kata ini


“INGAT ALLAH”



Waallahualam


29 August 2012
-Packing barang- 


Ranking: 5

{ 2 comments... read them below or add one }

akhi nawawi said...

haha, yes ade motor nak tumpang... kahkahkah


31 August 2012 at 00:24
Angah 29 said...

yezzaaa... beyeh bohh.. seat belakang masih kosong >,<


31 August 2012 at 10:37

Post a Comment

 
© hadafuljadid All Rights Reserved