HEewar Euro yang Osem !!!

on Tuesday 26 June 2012





Aiman                   : Akhi, macam mana nie. Euro nak habis.Aduhhh...Lagi berapa hari je nak masuk final Euro.Ana x mahu waktu malam hanya dipenuhi dengan mimpi lena.



Aisamuddin          :Tu laa..Kita mesti kekalkan cara kita nie.Terus berjaga malam.


Aiman                   :Betul akhi,kita mesti istiqamah dengan apa yang kita lakukan.


 Aisamuddin         : Ana rasa inilah salah satu cara untuk kita berjaga malam akhi.Lakukan Solat tahjud sama-sama,tadabbur Al-quran,kalau perlawanan Euro jatuh pada hari Isnin atau Khamis boleh kita terus bersahur.Ana teringat kata-kata  Murabbi ana Ustaz Hazrul Salleh iaitu “Gunakan Segala  Ruang Dan Peluang Yang Ada Dengan Baik“.Tiba-tiba rindu pada beliau.


Aiman                  :Subhanallah,seronoknya hidup dialam tarbiyyah.Sesuatu yang nampak bersahaja,namun bila diletakkan pada tempatnya sangat OSEM.Enta rindu kat Murabbi enta ke akhi ? Sahabat ana pesan kat ana,sekiranya kita rindu kepada seseorang perbanyakkan doa didalam sujud.Bertemu kerna Allah dan berpisah kerna Allah ya akhi.InsyaAllah.


Aisamuddin          :Syukran Akhi.InsyaAllah ana akan cuba.Tapi ingat akhi.kita mesti tidur awal terlebih dahulu,bukan langsung x tidur.Takut nanti  subuh Gajah.Maklum laa,dek langsung x tidur dari pagi lepas tu terus tengok Euro.Penat akhi.Hehe


Aiman                  :Betol3,lagi-lagi petang tu bermain futsal dengan sahabat-sahabat,lagi tambah penat.Sat,sebelum ana terlupa enta ingat  x bulan depan bulan ape?


Aisamuddin          :Ehhh..enta ni suka main-mainkan ana.Soalan ini adik ana Syazwani pon boleh jawab.Pastilah bulan Julai.Enta nie,ape laaaa..hehe


Aiman                   :Errkkkkk.. Enta qhatoq(salah) ya Akhi.


Aisamuddin          :Aittt... habis tu bulan ape ?


Aiman                   :Hehe.. memang bulan Julai akhi.Namun enta jangan lupa nama bulan didalam tahun Islam.Bulan depan ialah Bulan Ramadhan akhi.Sekejap je akhi,sekarang bulan Sya’ban,selepas ni bulan Ramadhan.


Aisamuddin          :Astarfirullah...boleh terlupa ana.Bulan inilah yang dinanti-nantikan oleh  Para Muslimin.Perlu perkukuhkan amalan kita dari sekarang akhi.Ana x nak dibulan Ramadhan kelak kita sia-siakan amalan walau sesaat. Syukran jzkk akhi


Aiman                   :La syukran ala wajib. Peringatan untuk ana bersama



“ Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa ” (Al-Baqarah:183)



...............:::REJAB – SYA’BAN – RAMADHAN :::..........



Sedarkah ?


Permulaan Euro 2012 jatuh pada bulan Rejab,


Sedang kita asyik menonton aksi permainan German dilayar  skrin TV rupanya kita alpa,


 Kini Rejab suduh berlalu pergi.


“ Weyy..Mail, ko sedar x Rejab dah tinggalkan kita,tu laa bila dia betol-betol berada didepan ko,ko anggap macam ade x ade.. ape dia macam Chipsmore.. sekarang bila dia dah tinggalkan ko, baru ko menyesal ”


Tapi,adakah kita pernah bertanya pada diri kita sendiri apa amalan yang kita telah lakukan dalam bulan Rejab ? Berapa helaian Al-quran yang telah kita sentuh ? Berapa kali kita telah bangun ‘Qiammulai’ ? Berapa bilangan solat bersendirian dirumah,dicelah almari mahupun pintu ?


Adduhhh.. merah pipi nie  dek tamparan soalan diatas.


Disaat kita membaca bait-bait tintaan ini menandakan sekarang  telah jatuh bulan Sya’ban bukan lagi bulan Rejab.Satu proses perubahan yang perlu kita pasak didalam diri kita ke arah ‘turning point’ yang lebih baik.



Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili ra, berkata: Rasulullah bersabda, "Apabila masuk bulan Syaaban, (cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."



Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya Bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada Bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada Bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.



Maka perubahan diri perlu dibentuk dari sekarang tidak  hanya menunggu dipanggil untuk berperang sedangkan sebelum itu tiada persiapan yang kukuh.Pasti kekalahan menanti kelak dek kurangnya latihan.Jelas disini usaha mesti disemai dari sekarang sekiranya  kita mengidamkan kemenangan dibulan Ramadhan.Kemenangan untuk berpuasa selama sebulan,tunaikan segala solat sunat,cuba mengkhatamkan Al-quran,dan perkukuhkan sunnah Rasulullah S.AW.Ayuh ‘OSEM’ amalan dibulan Sya’ban  sebelum hadirnya Ramadhan.



اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغّنا رمضان
Maksudnya: "Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan."




“Sesungguhnya dunia ini adalah tempat bermimpi dan akhirat barulah terjaga.. Jarak pemisah antara keduanya adalah mati.. Jadi, kita sekarang sedang bermimpi yang panjang..” [Khalifah Umar bin Abdul Aziz]





WAALLAHUA'LAM

RAMADHAN KARIM
26 JUN 2012 / 6 SYA’BAN 1433




Ranking: 5

{ 2 comments... read them below or add one }

Inspector Saahab said...

hmmmm
jazakallahukheir ya akh :)


1 July 2012 at 22:29
Angah 29 said...

insyaAllah.. peringatan bersama =)
nasi lemak anda memang mantopp !!!
kalo boleh tiap ari nak rase... hehe


7 July 2012 at 00:58

Post a Comment

 
© hadafuljadid All Rights Reserved