DISEBALIK KISAH NETHERLANDS

on Tuesday 19 June 2012



EURO datang lagi

Pantas sungguh bumi ini berputar seiring  masa  berlalu.Pusingan jam  langsung x terkira akan bilangannya.

Empat tahun lepas kita berada  didalam buaian  dan sekarang sudah pandai berjalan ke utara sehingga selatan.

Empat tahun lepas kita baru nak mengenal huruf Alif Ba Ta dan sekarang sudah pandai menyelesaikan Algebra Expression29.

Empat tahun lepas  kita hanya menonton EURO dikaca televisyen sekarang sudah menjadi salah seorang pemain di negara EURO.Eeehhh,yang ni jangan berangan-angan.Cuma khayalan Sang Jening semata-mata..hahaha.Namun sekiranya anda hebat seperti Mesut Ozil teruskan niat anda.Terus sebarkan dakwah dalam landskap apa sekalipun.

     dakwah mesti diteruskan
   

Ada apa dengan EURO ?

Tanggal  9JUN2012 telah berlangsung perlawanan pembukaan EURO 2012 iaitu diantara Poland dan Greece.Tok Anjang,Mek Lie,Mail Lambong setia menunggu sehingga ke lewat malam demi menonton EURO yang jarang sekali diadakan.Ye la,empat tahun sekali.Bukan senang bro.Jangan sia-siakan  walau satu perlawanan.Malah ada yang sanggup menyalat minyak panas dikelopak mata demi malarang empuya mata terus tertutup merehatkan diri.Perrhhh,Hebat-hebat.Kuat tadhiyyah mereka berjaga malam demi bola.Dooiinnnn,kena kepala sendiri =)

[ P/S  :  Gunakan nikmat Allah kejutkan kita pada 1/3 malam dengan sebaiknya  takut kelak Kita langsung x dikejutkan buat selama-lamanya ]

NETHERLANDS VS DENMARK  (Berminat nak cerita pase skuad nie )

Sekali baca hati kita boleh teka  siapakah pemenangnya. Tidak perlu disangkal,PASTI Netherlands akan perolehi kemenangan menentang lawannya Denmark yang dianggap mudah.Mana tidaknya,pemain Denmark apa la sangat nak dibandingkan dengan pemain Netherlands yang top-top  meletup. Adanya Robin Van Persie,Sneijder,Robben,Ibrahim Affelay namun sebaliknya pemain Denmark...Errkkk,nak tulis pon kena search internet..

BUTTTTTT !!!!

Dont judge a book by its cover

Mungkin pepatah ini sesuai ditujukan kepada kita umumnya sang pemerhati diluar kaca tv.Jangan anggap pemain yang asing didengari tidak mampu membaham pemain yang gah selama ini.Sampai Tok anjang tersungkur dari kerusi  dek gawang goal  Netherland dibolosi oleh pemain Denmark.Hanya sekali serangan sekaligus memberikan satu mata yang amat bernilai bagi pasukan Denmark.Lihat,yang lemah mampu mengatasi yang kuat.Namun,mesti diiringi dengana usaha yang gigih dan semangat yang jitu.

KEEP ON CHANGING... YES, WE CAN !!!!

Ehhh...tiba-tiba semangat pulak,bukan kita yang main,kita hanya sekadar penyokong.

Penyokong ???

Oppzzz, ingat satu perkara ini

Sekiranya kita tidak mampu jadi pemain  cukup sekadar menjadi penyokong.Memudahkan jangan menyusahkan.Slogan ini dipegang oleh para penyokong Denmark.

“Aku sedar,aku tiada bakat untuk menjadi  seorang pemain.Namun,aku tidak akan anjakkan kaki walau selangkah untuk terus menyokong pemain-pemain demi perolehi kemenangan.”

Disebalik para pemain bola wujudnya para penyokong yang menaikkan semangat para pemain.

pemain dan penyokong saling memerlukan


29 JUN 2012,Emirates-Menurut Arsene Wenger selaku pengurus pasukan Arsenal,sebab musabab kekalahan Netherlands tempoh hari adalah kerana wujudnya sifat ‘overconfident’ untuk mengalahkan musuh mereka.Hal ini terbukti  serangan yang bertubi-tubi dilakukan oleh Pasukan Netherlands lansung tidak membuahkan hasil.Disebabkan pemain Netherlands  terlalu asyik mengatur serangan sehingga lupa  memperkukuhkan  jentera pertahanan  sekaligus  pihak lawan mengambil kesempatan  mengatur  serang  balas. Adakah corak permainan ini yang diatur oleh pengurus pasukan Netherlands ?? Hal ini saya tidak berani memberi jawapan ujar Arsene Wenger.Kalian lihat dan kaji segala kesilapan yang berlaku maka perbetulkan tambah Arsene Wenger lagi.

OVERCONFIDENT

Acap kali bermain dibibir kita akan pepatah yang manis ini.Manis akan menjadi duka pada akhirnya.Bila dikatakan tentang  ‘overconfident’ secara tidak langung dikaitkan mengenai perasaan  untuk perolehi kemenangan.

Kemenangan mendapat no.1 didalam kelas
Kemenangan mendapat johan  larian 100KM
Kemenangan terhadap pihak lawan (seperti kisah euro diatas)

Dalam mencari kemenangan walau apa bentuk sekali pun,mesti dimulai dengan ilmu.Ilmu satu sistem yang mengawal pergerakan kita sama ada kita bertindak menggunakan akal yang sahih atau hanya mengikut hawa nafsu.


Berteraskan ilmu yang mantap ia akan diaplikasikan dalam bentuk tindakan.Amat berbeda golongan yang mengatur langkah menggunakan ilmu dan sebaliknya.Malah akan menjadi lebih kritikal bila hawa nafsu menguasai  100% tubuh badan  kita tanpa sedikit wujudnya kawalan dari sumber ilmu.Permainan akan menjadi lebih terancang dalam  mengatur serangan berpandukan ilmu  namun sebaliknya akan berlaku jika diri  dikuasai oleh hawa nafsu dan kesannya  permainan seakan hilang arah tujuan.

Soal kemenangan x akan digenggam erat hanya berpandukan ilmu yang mantap dan dipraktikannya sahaja,ia mesti dituruti dengan semangat juang yang tinggi.Semangat  adalah satu titik  penentu gerak langkah  naik turun bagi  sesuatu  pasukan.Beraksi dalam semangat juang yang tinggi merupakan salah satu faktor untuk memperolehi kemenangan.Segala gerak langkah akan menjadi lebih rancak atas semangat yang tinggi dan berpaksikan ilmu yang mantap.

Duhai overconfident

Overconfident akan wujud apabila kita terlalu asyik membayangkan kemenangan hak milik kita.

“Tidak sesiapa mampu memperolehi kemenangan ini melainkan aku “

000oo.. begitulah nasib golongan-golongan yang malang apabila terlalu yakin mengharapkan kemenangan.Disinilah menjadi titik permulaan kekalahan akan menjelma tiba didepan muka kita.Kerna apa ? kerna segala strategi yang telah tersusun molek  sudah hilang didalam akal fikiran kita,yang wujud hanyalah menginginkan kemenangan.

Semangat yang ada didalam diri kini dikuasai oleh nafsu bukan lagi ilmu (akal).Maka,segala perbuatan kita hanya dipandu oleh nafsu.Nauzubillah minzalik.

 Akhirnya,anda dapat bayangkan :

Kemenangan memperolehi No.1 dalam kelas hanyalah menjadi angan-angan
Kemenangan mendapat johan dalam larian 100KM kecundang ditengah jalan
Kemenangan mengalahkan musuh memakan diri kalian.

Kalian ??

Secara tidak langsung kisah ini memberi peringatan kepada  kalian dan si penulis khususnya.Siapa yang tidak inginkan kemenangan didalam hidup ini.Kemenangan apa ? Kemenangan menawan hawa nafsu,kemenangan untuk bermujahadah diri dari hasutan syaitan,kemenangan dari menjauhi neraka dan mendapat syurga.Jangan terlalu 'overconfident' yang kita telah capai apa yang kita inginkan takut kelak kita makin lalai diatas muka bumi ini.INGAT !! Kemenangan ini akan terhasil hanya  berteraskan ilmu yang mantap,dibuktikan dengan amalan dan wujudnya semangat mujahadah  yang tinggi.Waallahua`lam.


“HARI INI BERBEZA DENGAN HARI ESOK”


" Rejab kian berakhir,Sya'ban kunjung tiba,
Ramadhan menunggu masa"


SALAM MUJAHADAH
19 JUN 2012 / 29 REJAB 1433



Ranking: 5

{ 2 comments... read them below or add one }

Muhammad Nur Fitri said...

bru perasan ko letak gmbar aku...haha


30 August 2012 at 09:14
Angah 29 said...

gambar ko ?? haha...
engkau adalah pemain pujaanku duhai abg ozil >,<


1 September 2012 at 01:19

Post a Comment

 
© hadafuljadid All Rights Reserved