CEGAH BUKAN MENGUBATI
Simple is Clear.
Ayat yang mudah dan senang untuk difahami
tetapi tidak mudah untuk diaplikasikan didalam kehidupan.Hanya satu rangkap
perkataan meninggalkan satu teguran menusuk dikalbu.
Apakah yang sebenarnya
dimaksudkan dengan seungkap kata ‘cegah bukan mengubati’.
Meritokrasi ini manusia lebih suka mencari
ubat untuk menyembuhkan sesuatu penyakit berbanding mencegah dari datangnya
penyakit.Manusia gemar menghabiskan berjuta ringgit mendapatkan sebutir ubat ditengah
benua Eropah berbanding berada dikampung hanya memakan seikat sayur bayam dan minum
segelas air madu.Tidak perlu menempah tiket kapal terbang untuk menyelusur di
awanan dek mahu membeli ubat mujarab tetapi cukup hanya bercucuk tanam
sayur-sayuran dan mengambil madu sebagai minuman.Mudahkan? Namun,tidak semua
cakna dan mengambil perihal ini.
Cegah bukan mengubati !!
Malaysiakini
Seluruh rakyat tidak kira
tua,muda,remaja,pelajar,kanak-kanak,dan bayi tiba-tiba mengganas cuba
menjatuhkan kerajaan yang sedia ada tanpa wujud kekesalan diriak muka
mereka.Mereka dengan bangga tanpa serba salah turun ke jalanan dan mengadakan
himpunan haram tanpa pengesahan permit atau lesen dari pihak
berkaitan.Undang-undang dan peraturan rakus dibaling ke dalam bangkul sampah tanpa menghiraukan apakah kesannya.Hasilnya
penangkapan besar-besaran dikenakan kepada mereka.Selesai……...
Namun!!!
Adakah kamu kaji kenapa mereka turun ke
jalanan? Mengapa mereka sanggup melanggar peraturan yang sedia ada? Berani
mengambil risiko yang akan dikenakan keatas diri mereka ? Tidak takut dihumban
ke dalam lokap,Tidak cuak diancam pisau,Tidak gentar dibawa ke tali gantung.
Mengapa ?
Kamu cuba mencari ubat tetapi tidak cuba
untuk mencari punca untuk mencegahnya.
Cegah bukan mengubati !!
Rakyat jelata yakni Cina,India,dan Melayu
bersatu menyatakan hasrat yang sama iaitu menuntut KEADILAN YANG BERSIH ( if
you know what I mean).Mereka tidak akan sengaja mencari anak kunci lokap
memandangkan ada SATU SEBAB yang menyebabkan mereka berani mendapatkan anak kunci
tersebut untuk masuk ke dalam lokap.Ya,bila wujud tujuan yang sama akan
terhasil perpaduan yang kukuh.Bersaksikan kesatuan maka mereka sehati sejiwa
turun ke jalanan dan himpunan demi mengharapkan suara mereka didengari oleh
kerajaan yang sedia ada. Bukan hasutan,Bukan celaan,Bukan penghinaa tetapi
adalah satu harapan yang suci lagi tulus agar Keadilan tertegak di Negara ini.
Sistem Demokrasi yang adil akan membawa keamanan
dan kesejahteraan rakyat setempat.Masyarakat akan saling bertolenrasi dengan
baik tanpa wujud persengketaan antara perkauman baik Cina,India, dan Melayu.Cegah
sebelum terlambat.Tidak lokap dicari tapi keadilan yang diratapi.
Cegah Bukan Mengubati !!
”Dari Ibnu Umar r.a sabda Rasulullah SAW :
Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu sekelian akan ditanya perihal kepimpinan
kamu. Seorang Imam (ketua) adalah pemimpin dan dia akan ditanya mengenai
kepimpinannya. Seorang lelaki adalah pemimpin keluarganya dan dia akan ditanya
mengenai kepimpinannya. Isteri adalah pemimpin dalam rumahtangga suaminya dan
dia akan ditanya mengenai tanggungjawab kepimpinannya. Seorang pembantu adalah
pemimpin harta majikan dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Seorang
anak adalah pemimpin harta bapanya dan dia bertanggungjawab mengenai
kepimpinannya. Maka setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya
mengenai kepimpinannya. (Diriwayatkan oleh :Al-Bukhari dan Muslim).
Sekian,Salam Perubahan.
29 Mei 2013 / 19 Rejab 1434H