Bila sebut tentang ramadhan, kanak-kanak, adik-adik, cucu-cucu
sangat seronok. Hah, nak tahu sebab ape? Sebab ketika ini mereka akan beraya sakan main mercun dan
bunga api. Segala harta akan diinfakkan ke jalanraya untuk membeli mercun. Pada waktu ini Berita TV3
kaya dengan iklan masuk ke Klinik Mak Jemah kesan bermain mercun. Disinilah syair
penyesalan akan kedengaran dari mulut mangsa kesan bermain
mercun. Begitulah iklan sama sepanjang zaman.
Belive it or not ? Wait and see....
AMARAN
JANGAN MAIN MERCUN, NANTI X BOLEH RAYA =)
Namun disisi pandangan islam, bukan pesta mercun yang diidam, bukan harta
segunung emas diternak tetapi proses pembinaan diri yang utuh tanda bukti
keabdian diri pada Tuhan Yang Maha
Agung. Dari terbit fajar sehingga terbenam matahari masa diperuntukkan untuk
beribadah kepada Allah.
Jangan mereka alasan berlangit tinggi untuk mengelak dari sujud kepada Allah takut kelak Allah pula membina alasan tidak memberi syurga kepada kita.Allahuakbar.
“Wahai orang-orang yang beriman ! Diwajibkan kepada kamu puasa
sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang yang sebelum kamu,supaya kamu
menjadi orang-orang yang bertaqwa.” (S.al-Baqarah:183)
Dibulan barakah ini, sama-sama kita pertingkatkan lagi amalan kita yang sebelum ini
hanya ala-ala koboi. Tembak seperti tidak keluar peluru, menunggang kuda seperti
tidak berlari laju. Apa hasilnya hanya penat dan lelah. Begitulah amalan didalam
bulan Ramadhan. Lakukan setiap amalan bersungguh-sungguh seperti kamu akan mati
esok. Ok,bayangkan esok mati. nak bawa amalan ape ye? layak x aku masuk syurga ?
Angah : Aiittt, akak.. kenapa kertas kosong je ?
Along : Hehe.. cer bayangkan ini adalah amalan kita yang akan
dinilai oleh Allah. Kosong je. Allah telah memberi kita satu hamparan kertas yang
bersih, namun apabila dipulang semula kepadaNya, langsung tidak kelihatan
apa-apa tambahan, Malah hanya kelihatan contengan keburukan dan ponyokan
kemungkaran.
Angah : Allahuakbar. Terima kasih akak. Benar-benar terasa. Sangat sukar
untuk mendapat syurga Allah namun sangat mudah untuk mendapat neraka Allah. Bagaimanakah pengakhiran kita nanti ?
Okey, anda diberi tempoh selama 29 saat untuk menulis seberapa bilion
amalan kebaikan yang telah anda lakukan sepanjang hidup anda diatas kertas yang
telah disediakan. (Ehhh,tiba-tiba datang modul ldk nak bagi kat adik-adik pada
hujung minggu nie..syukran...hehe )
Ya, apabila nak menulis mengenai kebaikan, mesti tergagap-gagap tapi
kalau nak tulis tentang keburukan habis dakwat satu pen. Sangat pantas tanpa
memerlukan bantuan Dr. Google atau Bos Yahoo.Allah.......
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharapkan redha
Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.”
(Riwayat Al-Bukhari dan
Muslim dari Abu Hurairah)
Selama sebulan kita akan berlawan dengan tentera hawa nafsu. Dalam masa
sebulan ini macam-macam boleh terjadi sama ada kita menjadi rakyat yang akan
tunduk kepada hawa nafsu atau kita menjadi raja yang mengawal hawa nafsu.
Nafsu
tidur, nafsu makan, nafsu pancaindera dan anda boleh senarai sendiri. haha
Raja mampu menyuruh rakyat tunduk kepadanya, tapi rakyat tidak mampu menyuruh raja tunduk kepadanya.
Ayuhhh !!! Jom Berubah.....
Selamat menyambut kelahiran baru duhai para sahabat.
AWWCAKKKK !!!!
Moga di saat ini,kita bukan lagi seperti orang yang biasa-biasa tetapi
orang yang luar biasa.
“ Syurga itu sangat luar biasa,dan hanya ditempatkan kepada orang yang
luar biasa ”
Jadikan amalan-amalan yang biasa seperti luar biasa.
Berpuasa bukan sekadar berpuasa,tetapi puasa yang luar biasa
Qiam bukan sekadar qiam,tetapi qiam yang luar biasa
Jadikan sujud hari ini adalah sujud yang terakhir di muka bumi ini.Allahuakbar.......
25 JULAI
2012 / 6 RAMADHAN 1433H
12.29 AM
ANGAH
{ 4 comments... read them below or add one }
kalo up sikit mase boleh x? :P
great entry akh! jzkk~
25 July 2012 at 01:56
okey... seberapa masa yg anda mahu... persilakan ^^
insyaallah... semoga memberi manfaat untuk kita bersama~
25 July 2012 at 02:06
ramadhan kareem akhi :)
25 July 2012 at 11:56
ahlan-ahlan.....
moga hati kita turut bersama dgn sekareemnya ramadhan =]
barakallahufiekum
25 July 2012 at 12:34
Post a Comment