Jangan,jangan aku masih perlukan kau lagi
Tolong jangan tinggalkan aku
Cukuplah sebelum ini kau pergi,
Kali ini aku tidak mahu berpisah dengan kau
Aku perlukan kau
Aku mahu kau sentiasa disisi
Kekal dihati
kali ini aku x akan persiakan kau
Ketahuilah
Bahawa
AKU
CINtAKAN KAU
-RAMADHAN KAREEM-
Ra : Haha,okey
paham dah...jangan nak jiwang sangat la beb,awat tiba-tiba melamun buat ayat
jiwang nie...haha
Ma : Ayat x
nak kalah nohhh..tapi kan,macam terkesan pulak..atter nada nie yang selalu send
kat pakwe makwe...opzzz,kantoi sudah
Dhan : Dah,dah... jangan nak merapu.
Ini sekadar tarikan.Bagi hampa semua sedaq cikit.Kita lani kat mana bulan
mana.Sedar x Aidilfitri bakal menjelma ? bermakna 1 Syawal akan hadir x lama lagi.
Ra : Wallaweyyyyy,nak raye
beb.Jom esok p shoppping..haha..sape nak join aku ?
Ma : Errrrr........ terus
nampak shopping hang nie..apodaaa... Syawal menjelma bermakna Ramadhan akan
berakhir.
Dhan : Esok nak raya malam nie
kita p shopping noh ( sempat kot,kalo nak tahu time nie banyak dapat diskaun...jeng3) Kita
masih punyai seminggu untuk bersama dengan Ramadhan.Tak tahu dapat bertemu lagi
atau tidak.Kan,kan,kan...
SO,Tunggu ape lagi.
JOM BERJUANG SEHINGGA NAFAS TERAKHIR
!!!
********* KU CINTAKAN RAMADHAN***********
Sedar atau x nak sedar kita sekarang sudah menjejak kaki dalam 10 hari terakhir
Ramadhan.Ohhh,serius sangat sekejap.Bagaimana hari-hari sebelum ini? ape khabar
amalan kita selama tiga minggu yang lalu? Mengharapkan segalanya diterima oleh
Allah.InsyaAllah.
Mungkin sebelum ini kita berdarab bahagi nak join tadarus al-quran ke x
?
Perlu ke dirikan solat rawattib ?
Ehhh, tahjud nak kena buat ke..adehhh.ngantuk kot..
Nak bersedekah jugak ke..sebelum ini kan selalu bagi RM1 setiap Jumaat.Empat
kali Jumaat dah dapat RM4 sebulan.
Orang tua tu boleh lintas jalan sendiri,x perlu pimpin
Oh,sungguh banyak putaran soalan.Sangat sukar untuk mencari seribu satu
sebab namun jalan penyelesaian sangat mudah dengan cara lakukan segala amalan
ini.Tidak perlu nak berStatistics atau berAlgebra Expression29 cukup
sekadar mengerakkan kaki,tangan,jari,mulut untuk beribadah kepada Allah.
DaripadaNya kita dijadikan dan kepadaNya kita dikembalikan.Allah....
Rasulullah SAW sendiri memperbanyakkan
ibadah pada malam 10 yang terakhir melebihi daripada malam-malam
sebelumnya. Aisyah ra berkata; “Rasulullah SAW apabila masuk malam 10 terakhir
Ramadan, baginda menghidupkan malam
(dengan ibadah), mengejutkan keluarganya (bangun beribadah), bersungguh-sungguh (dalam
beribadat) dan uzlah (tidak mencampuri)
isteri-isterinya”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Tadarus Al-quran
Berqiamulail
Zikrullah
Bersedekah
Dirikan solat-solat sunat
Luar biasakan amalan-amalan yang biasa
ini.Boleh jadi amalan alah biasa ini akan dihitung oleh
Allah.InsyaAllah.
Moga kita bersama perolehi hadiah yang sangat istimewa dalam bulan Ramadhan ini.
iaitu
Daripada Aisyah r.a., katanya: "Saya
bertanya, "Ya Rasulullah, jika saya tahu bila lailatul-qadar itu, apakah
yang harus saya ucapkan pada malam itu ?" Nabi s.a.w. menjawab:
"Berdoalah, "Allahumma innaka ‘afu wun tuhibbul ‘afwa fa’ fu
‘anni" (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka
maafkanlah aku). (HR Tirmidzi)
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment