Aiman : Akhi, macam mana nie. Euro nak
habis.Aduhhh...Lagi berapa hari je nak masuk final Euro.Ana x mahu waktu malam
hanya dipenuhi dengan mimpi lena.
Aisamuddin :Tu laa..Kita
mesti kekalkan cara kita nie.Terus berjaga malam.
Aiman :Betul akhi,kita mesti istiqamah
dengan apa yang kita lakukan.
Aisamuddin : Ana rasa inilah salah satu cara untuk kita berjaga malam
akhi.Lakukan Solat tahjud sama-sama,tadabbur Al-quran,kalau perlawanan Euro
jatuh pada hari Isnin atau Khamis boleh kita terus bersahur.Ana teringat
kata-kata Murabbi ana Ustaz Hazrul
Salleh iaitu “Gunakan Segala Ruang Dan
Peluang Yang Ada Dengan Baik“.Tiba-tiba
rindu pada beliau.
Aiman :Subhanallah,seronoknya
hidup dialam tarbiyyah.Sesuatu yang nampak bersahaja,namun bila diletakkan pada
tempatnya sangat OSEM.Enta rindu kat Murabbi enta ke akhi ? Sahabat ana pesan
kat ana,sekiranya kita rindu kepada seseorang perbanyakkan doa didalam sujud.Bertemu
kerna Allah dan berpisah kerna Allah ya akhi.InsyaAllah.
Aisamuddin :Syukran Akhi.InsyaAllah
ana akan cuba.Tapi ingat akhi.kita mesti tidur awal terlebih dahulu,bukan
langsung x tidur.Takut nanti subuh
Gajah.Maklum laa,dek langsung x tidur dari pagi lepas tu terus tengok
Euro.Penat akhi.Hehe
Aisamuddin :Ehhh..enta ni
suka main-mainkan ana.Soalan ini adik ana Syazwani pon boleh jawab.Pastilah
bulan Julai.Enta nie,ape laaaa..hehe
Aiman :Errkkkkk.. Enta qhatoq(salah) ya
Akhi.
Aisamuddin :Aittt... habis
tu bulan ape ?
Aiman :Hehe.. memang bulan Julai akhi.Namun
enta jangan lupa nama bulan didalam tahun Islam.Bulan depan ialah Bulan
Ramadhan akhi.Sekejap je akhi,sekarang bulan Sya’ban,selepas ni bulan Ramadhan.
Aisamuddin :Astarfirullah...boleh
terlupa ana.Bulan inilah yang dinanti-nantikan oleh Para Muslimin.Perlu perkukuhkan amalan kita
dari sekarang akhi.Ana x nak dibulan Ramadhan kelak kita sia-siakan amalan
walau sesaat. Syukran jzkk akhi
Aiman :La syukran ala wajib. Peringatan
untuk ana bersama
“
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan
atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa ”
(Al-Baqarah:183)
...............:::REJAB – SYA’BAN –
RAMADHAN :::..........
Sedarkah ?
Permulaan Euro 2012 jatuh pada bulan Rejab,
Sedang kita asyik menonton aksi permainan German dilayar skrin TV rupanya kita alpa,
Kini Rejab suduh berlalu pergi.
“ Weyy..Mail, ko sedar x Rejab dah tinggalkan kita,tu laa bila dia
betol-betol berada didepan ko,ko anggap macam ade x ade.. ape dia macam Chipsmore..
sekarang bila dia dah tinggalkan ko, baru ko menyesal ”
Tapi,adakah kita pernah bertanya pada diri kita sendiri apa amalan yang
kita telah lakukan dalam bulan Rejab ? Berapa helaian Al-quran yang telah kita
sentuh ? Berapa kali kita telah bangun ‘Qiammulai’ ? Berapa bilangan solat
bersendirian dirumah,dicelah almari mahupun pintu ?
Adduhhh.. merah pipi nie dek
tamparan soalan diatas.
Disaat kita membaca bait-bait tintaan ini menandakan sekarang telah jatuh bulan Sya’ban bukan lagi bulan
Rejab.Satu proses perubahan yang perlu kita pasak didalam diri kita ke arah
‘turning point’ yang lebih baik.
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili ra,
berkata: Rasulullah bersabda, "Apabila masuk bulan Syaaban, (cerialah) dan
sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya Bulan
Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada Bulan
Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan
pada Bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Maka perubahan diri perlu dibentuk dari sekarang tidak
hanya menunggu dipanggil untuk berperang
sedangkan sebelum itu tiada persiapan yang kukuh.Pasti kekalahan menanti kelak
dek kurangnya latihan.Jelas disini usaha mesti disemai dari sekarang sekiranya kita mengidamkan kemenangan dibulan Ramadhan.Kemenangan
untuk berpuasa selama sebulan,tunaikan segala solat sunat,cuba mengkhatamkan
Al-quran,dan perkukuhkan sunnah Rasulullah S.AW.Ayuh ‘OSEM’ amalan dibulan Sya’ban sebelum hadirnya Ramadhan.
اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغّنا رمضان
Maksudnya:
"Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab
dan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan
umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan."
“Sesungguhnya dunia ini adalah tempat
bermimpi dan akhirat barulah terjaga.. Jarak pemisah antara keduanya adalah
mati.. Jadi, kita sekarang sedang bermimpi yang panjang..” [Khalifah Umar bin Abdul
Aziz]
RAMADHAN KARIM
26 JUN 2012 / 6 SYA’BAN 1433
{ 2 comments... read them below or add one }
hmmmm
jazakallahukheir ya akh :)
1 July 2012 at 22:29
insyaAllah.. peringatan bersama =)
nasi lemak anda memang mantopp !!!
kalo boleh tiap ari nak rase... hehe
7 July 2012 at 00:58
Post a Comment