EURO datang lagi
Pantas sungguh bumi ini berputar seiring masa berlalu.Pusingan jam langsung x terkira akan bilangannya.
Empat tahun lepas kita berada didalam buaian dan sekarang sudah pandai berjalan ke utara
sehingga selatan.
Empat tahun lepas kita baru nak mengenal huruf Alif Ba
Ta dan sekarang sudah pandai menyelesaikan Algebra Expression29.
Empat tahun lepas
kita hanya menonton EURO dikaca televisyen sekarang sudah menjadi salah
seorang pemain di negara EURO.Eeehhh,yang ni jangan berangan-angan.Cuma
khayalan Sang Jening semata-mata..hahaha.Namun sekiranya anda hebat seperti Mesut
Ozil teruskan niat anda.Terus sebarkan dakwah dalam landskap apa sekalipun.
Ada apa dengan EURO ?
Tanggal
9JUN2012 telah berlangsung perlawanan pembukaan EURO 2012 iaitu diantara
Poland dan Greece.Tok Anjang,Mek Lie,Mail Lambong setia menunggu sehingga ke
lewat malam demi menonton EURO yang jarang sekali diadakan.Ye la,empat tahun
sekali.Bukan senang bro.Jangan sia-siakan
walau satu perlawanan.Malah ada yang sanggup menyalat minyak panas
dikelopak mata demi malarang empuya mata terus tertutup merehatkan
diri.Perrhhh,Hebat-hebat.Kuat tadhiyyah mereka berjaga malam demi bola.Dooiinnnn,kena
kepala sendiri =)
[ P/S : Gunakan nikmat Allah kejutkan kita pada 1/3
malam dengan sebaiknya takut kelak Kita
langsung x dikejutkan buat selama-lamanya ]
NETHERLANDS VS DENMARK (Berminat
nak cerita pase skuad nie )
Sekali baca hati kita boleh teka siapakah pemenangnya. Tidak perlu disangkal,PASTI
Netherlands akan perolehi kemenangan menentang lawannya Denmark yang dianggap
mudah.Mana tidaknya,pemain Denmark apa la sangat nak dibandingkan dengan pemain
Netherlands yang top-top meletup. Adanya
Robin Van Persie,Sneijder,Robben,Ibrahim Affelay namun sebaliknya pemain
Denmark...Errkkk,nak tulis pon kena search internet..
BUTTTTTT !!!!
Dont judge a book by its cover
Mungkin pepatah ini sesuai ditujukan kepada kita
umumnya sang pemerhati diluar kaca tv.Jangan anggap pemain yang asing didengari
tidak mampu membaham pemain yang gah selama ini.Sampai Tok anjang tersungkur dari
kerusi dek gawang goal Netherland dibolosi oleh pemain Denmark.Hanya
sekali serangan sekaligus memberikan satu mata yang amat bernilai bagi pasukan
Denmark.Lihat,yang lemah mampu mengatasi yang kuat.Namun,mesti diiringi dengana
usaha yang gigih dan semangat yang jitu.
KEEP ON CHANGING... YES, WE CAN !!!!
Ehhh...tiba-tiba semangat pulak,bukan kita yang
main,kita hanya sekadar penyokong.
Penyokong ???
Oppzzz, ingat satu perkara ini
Sekiranya kita tidak mampu jadi pemain cukup sekadar menjadi penyokong.Memudahkan
jangan menyusahkan.Slogan ini dipegang oleh para penyokong Denmark.
“Aku sedar,aku tiada bakat untuk menjadi seorang pemain.Namun,aku tidak akan anjakkan
kaki walau selangkah untuk terus menyokong pemain-pemain demi perolehi kemenangan.”
Disebalik para pemain bola wujudnya para penyokong
yang menaikkan semangat para pemain.
pemain dan penyokong saling memerlukan
29 JUN 2012,Emirates-Menurut Arsene Wenger selaku
pengurus pasukan Arsenal,sebab musabab kekalahan Netherlands tempoh hari adalah
kerana wujudnya sifat ‘overconfident’ untuk mengalahkan musuh mereka.Hal ini
terbukti serangan yang bertubi-tubi dilakukan
oleh Pasukan Netherlands lansung tidak membuahkan hasil.Disebabkan pemain
Netherlands terlalu asyik mengatur
serangan sehingga lupa memperkukuhkan jentera pertahanan sekaligus
pihak lawan mengambil kesempatan
mengatur serang balas. Adakah corak permainan ini yang diatur
oleh pengurus pasukan Netherlands ?? Hal ini saya tidak berani memberi jawapan
ujar Arsene Wenger.Kalian lihat dan kaji segala kesilapan yang berlaku maka
perbetulkan tambah Arsene Wenger lagi.
OVERCONFIDENT
Acap kali bermain dibibir kita akan pepatah yang manis
ini.Manis akan menjadi duka pada akhirnya.Bila dikatakan tentang ‘overconfident’ secara tidak langung
dikaitkan mengenai perasaan untuk perolehi
kemenangan.
Kemenangan mendapat no.1 didalam kelas
Kemenangan mendapat johan larian 100KM
Kemenangan terhadap pihak lawan (seperti kisah euro
diatas)
Dalam mencari kemenangan walau apa bentuk sekali
pun,mesti dimulai dengan ilmu.Ilmu satu sistem yang mengawal pergerakan kita
sama ada kita bertindak menggunakan akal yang sahih atau hanya mengikut hawa
nafsu.
Berteraskan ilmu yang mantap ia akan diaplikasikan
dalam bentuk tindakan.Amat berbeda golongan yang mengatur langkah menggunakan
ilmu dan sebaliknya.Malah akan menjadi lebih kritikal bila hawa nafsu
menguasai 100% tubuh badan kita tanpa sedikit wujudnya kawalan dari
sumber ilmu.Permainan akan menjadi lebih terancang dalam mengatur serangan berpandukan ilmu namun sebaliknya akan berlaku jika diri dikuasai oleh hawa nafsu dan kesannya permainan seakan hilang arah tujuan.
Soal kemenangan x akan digenggam erat hanya berpandukan
ilmu yang mantap dan dipraktikannya sahaja,ia mesti dituruti dengan semangat
juang yang tinggi.Semangat adalah satu titik penentu gerak langkah naik turun bagi sesuatu
pasukan.Beraksi dalam semangat juang yang tinggi merupakan salah satu
faktor untuk memperolehi kemenangan.Segala gerak langkah akan menjadi lebih
rancak atas semangat yang tinggi dan berpaksikan ilmu yang mantap.
Duhai overconfident
Overconfident akan wujud apabila kita terlalu asyik
membayangkan kemenangan hak milik kita.
“Tidak sesiapa mampu memperolehi kemenangan ini
melainkan aku “
000oo.. begitulah nasib golongan-golongan yang malang
apabila terlalu yakin mengharapkan kemenangan.Disinilah menjadi titik permulaan
kekalahan akan menjelma tiba didepan muka kita.Kerna apa ? kerna segala
strategi yang telah tersusun molek sudah
hilang didalam akal fikiran kita,yang wujud hanyalah menginginkan kemenangan.
Semangat yang ada didalam diri kini dikuasai oleh
nafsu bukan lagi ilmu (akal).Maka,segala perbuatan kita hanya dipandu oleh
nafsu.Nauzubillah minzalik.
Akhirnya,anda
dapat bayangkan :
Kemenangan memperolehi No.1 dalam kelas hanyalah
menjadi angan-angan
Kemenangan mendapat johan dalam larian 100KM kecundang
ditengah jalan
Kemenangan mengalahkan musuh memakan diri kalian.
Kalian ??
Secara tidak langsung kisah ini memberi peringatan kepada kalian dan si penulis
khususnya.Siapa yang tidak inginkan kemenangan didalam hidup ini.Kemenangan apa ? Kemenangan
menawan hawa nafsu,kemenangan untuk bermujahadah diri dari hasutan
syaitan,kemenangan dari menjauhi neraka dan mendapat syurga.Jangan terlalu 'overconfident' yang kita telah capai apa yang kita inginkan takut kelak kita makin lalai diatas muka bumi ini.INGAT !! Kemenangan ini akan
terhasil hanya berteraskan ilmu yang
mantap,dibuktikan dengan amalan dan wujudnya semangat mujahadah yang tinggi.Waallahua`lam.
“HARI INI BERBEZA DENGAN HARI ESOK”
" Rejab kian berakhir,Sya'ban kunjung tiba,
Ramadhan menunggu masa"
SALAM MUJAHADAH
19 JUN 2012 / 29 REJAB 1433
{ 2 comments... read them below or add one }
bru perasan ko letak gmbar aku...haha
30 August 2012 at 09:14
gambar ko ?? haha...
engkau adalah pemain pujaanku duhai abg ozil >,<
1 September 2012 at 01:19
Post a Comment