"akukah...."
Disebuah program, kami diberi arahan agar mengumpulkan
barang-barang peribadi yang dibawa dari rumah disatu tempat mengikut jenis-jenis
tertentu seperti baju, buku, dan beg. Baju satu tempat, buku satu tempat dan
beg satu tempat. Barang tersebut akan diagihkan dibeberapa booth mengikut jenis
barang yang telah dikhaskan. Dalam tempoh beberapa saat kami diberi masa untuk
memilih apa jua barang yang disukai sama
ada kepunyaan sendiri atau orang lain.
" Perhh, senang-senang jer bagi free pada orang. Dah ghupe
harta ghanimah (rampasan) ". Aku hanya mampu meluahkan amarah didalam
hati. Mungkin ini yang dikatakan tadhiyyah (pengorbanan) dalam persahabatan.
Maklumlah, sewaktu ini hanya ikut sahaja apa yang disuruh. Tiada lagi kekuatan
untuk rebel. Pasrah.
Disebuah booth pakaian, aku sempat merentap baju melayu iaitu baju
melayu berwarna biru yang dibeli sempena AidilFitri dan digunakan sewaktu aku menjadi
pengapit walimah sahabatku, Fahmi Zilan. Sedang asyik memilih, kedengaran
seseorang membaca ayat al-Quran. Begitu lantang suaranya. Aku cam suara itu.
Suara Nasrun Naim sahabatku di SIS dahulu. Rupanya wujud sekumpulan manusia
sedang khusyuk mendirikan solat berimamkan sahabatku dibawah sepohon pokok. Aku
bermonolog sendiri "solat zohor dikuatkan suara? Mungkin maslahah
(kepentingan) untuk mengajak orang solat sekali. Xpe laa...". Mereka memakai jersi yang sama. Aku anggarkan
barangkali mereka akan menyertai perlawanan bola sepak. Aku memerhati jam
tangan menunjukkan jam 3.30 petang. Dari kalot memilih baju, aku meletakkan
selonggok baju yang dipilih diatas meja
kaunter dan menuju ke sebatang paip air bersebelahan booth baju untuk mengambil
wudu'.
Aku meleraikan tali kasut dan membuka kasutku yang berjenama
Nike. Kasut yang sering kali aku pakai
sewaktu menyertai setiap demostrasi di sekitar ibu kota. Kasut ini juga aku
guna sewaktu melarikan diri dari dikejar FRU dan polis. Banyak jasanya.
Ketika hendak meluruhkan stokin dan
tiba-tiba.......
Kedengaran bunyi tembakan bertali-arus dan letupan bom seterusnya
disusuli jeritan manusia.
"lari lari lari.. !!!".
Aku tergamam.
Sempat aku menoleh ke belakang dan kelihatan sekumpulan askar
persis berwajah arab dengan rakus melepaskan tembakan demi tembakan secara
membuta-tuli. Ada yang jatuh tersembam ke tanah, ada yang sudah dicekik leher,
dan ada yang sembunyikan diri dibalik booth. Dada aku kencang bernafas. Mata
aku tercari-cari tempat untuk sembunyikan diri. Gelak tawa askar dan jeritan
suara manusia yang meminta pertolongan agar tidak dibunuh jelas kedengaran. Apa
yang aku harus buat sekarang? negara Malaysia yang aman sebelum ini, rakyat
yang asyik dengan dunia sendiri, kini diserang oleh sekumpulan askar siap
bersenjata asli. Seakan tidak percaya. Sebelum ini aku hanya melarikan diri
dari FRU dan Polis. Paling teruk ditembak watercanon dan dibaling bom
asap. Tetapi kali ini aku perlu melarikan diri dari askar asing. Bila-bila
sahaja peluru senapang akan menembusi kepala apabila dilepaskan.
Aku mendapatkan kasut dan bersedia untuk selamatkan diri. Baju
melayu tadi dibiarkan sahaja kerana kasut lebih penting agar lebih pantas aku
melarikan diri. Aku tidak tahu apa yang terjadi kepada jemaah yang mendirikan
solat dibawah pohon tadi. Aku berlari ke arah jam 1 dari booth baju. Sekali
lagi aku terkejut apabila bertembung dengan sekumpulan askar yang lain. Cuma
kumpulan askar ini berwajah asian. Berpakaian askar berwarna hijau pekat.
Manakala kumpulan askar sebentar tadi
berpakaian askar berwarna coklat cair. Aku hanya mengikut jalan yang dihala
oleh mereka. Aku ditawan atau diselamatkan? Mereka melepaskan tembakan ke
langit. Mungkin satu bentuk serangan balas kepada pihak lawan atau sebagai
simbolik agar tahanan perlu tunduk arahan mereka. Kami berlari anak mengikut
arah yang dituju oleh mereka. Tiada apa yang diharapkan cuma nyawa dapat
diselamatkan.
Kami dibawa ke sebuah rumah usang. Dedaun pintu rumah dibuka dan
terpancar lampu mentol berwarna oren. Kami diarah masuk ke dalam rumah itu.
Rupanya rumah ini sudah dipenuhi mangsa pelarian baik lelaki dan perempuan
seperti kami. Umur mereka seakan sebaya dengan aku. Keadaan suram dan
terpampang riak wajah yang ketakutan dimuka mereka. Tiba-tiba seorang lelaki
bersuara. " yehh, orang kuat dah datangg !!". Siapa? akukah... Aku
kenal lelaki itu. Angah panggilannya iaitu sahabat fasilitator dibawah
Fasstrain. Dalam ketakutan aku cuba membina semangat. Memupuk keberanian agar
boleh merekrut mangsa-mangsa pelarian menjadi satu kumpulan menentang penjajah
kembali. Membebaskan tanah air dari cengkaman penjajah. Berjuang demi nyawa dan
agama. Namun satu persoalan bermain diminda, akukah pejuang itu.........
*terjaga dari tidur.
************
Mimpi yang tidak pernah aku alami sepanjang hidup. Mimpi ini
meninggalkan 1001 pesanan agar kita fikir bersama. Barangkali mimpi ini diserap
hasil talk yang aku hadiri berkaitan negara Turki dua kali
berturut-turut iaitu "Kerdipan Bintang Melayu di langit Turki" oleh
Prof Mat Rofa dan "Sekulerisme dan Proses Demokrasi di Turki" oleh
Prof Redzuan.
Sudah lama aku tidak mengarang dihamparan kaca elektronik. Mimpi
ini menggerakkan jari jemari agar sama-sama direnungkan keadaan yang bakal
dialami sekiranya diserang oleh penjajah seperti abad ke-19. Bagaimana keadaan
diri sendiri, adik-beradik, keluarga, kawan, jiran tetangga?. Faktor utama aku
tegar bercerita panjang untuk dikongsikan PERASAAN ketika itu. Kita tidak akan
merasai suasana peperangan selagi kita tidak alami sendiri. Cuba bayangkan
watak "aku" itu adalah anda yang sedang membaca coretan ini. Mimpi
itu fantasi tapi perasaan suasana dalamnya kita akan dapat rasai. Cukup kita
mendengar tembakan dan letupan yang sedang berlaku di negara arab seperti
Palestin, Syria, dan Mesir sebagai bukti peperangan itu wujud.
Bagaimana
sejarah lampau menceritakan peperangan di Tanah Melayu tidak mustahil akan
berulang kembali. Apakah kita sudah bersedia? Bagaimana dengan asas pertahanan
diri bagi setiap daripada kita? Apakah kesan permasalahan ekonomi dan politik
Malaysia yang semakin meruncing mempercepatkan tanah melayu dipegang kembali
oleh penjajah asing. Adakah sudah masak ketenteraan negara untuk menghadapi
serangan musuh? Aku tinggalkan persoalan agar sama-sama fikirkan.
Cerpen ini ilham dari mimpi
Dinukilkan agar kita berfikir
Sang Mimpi,
Khair29
Tragedi 1 Oktober 2015